Langkau ke kandungan utama

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan.

"Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam.

Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu. 

"Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk.

"Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti.

"Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih."
Pak Min menggeleng,"Tak apa, aku nanti makan sisa saja."

"Isskkk... kamu semua ni makan banyak benar. Setiap kali tabur mesti habis." bisik Nurindah melihat ikan-ikannya aktif memagut. Hanya ikan cermin yang digelar Pak Min saja menyondol pasir seperti tidak berminat dengat pelet-pelet yang berselerakan.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan ...

Entri 52 : Trauma

"Kamu sudah ada kawan?" Nenek bertanya. Nurindah menggeleng."Tidak ada." Dia kalau boleh mahu mengelak soalan begitu bukan kerana jawapannya tidak ada. "Eh...cuba-cubalah cari."Makcik-makcik menyampuk."Umur kamu sudah tua, bila lagi kamu mahu berlaki?" "Tak biasa."Dia membalas.Malas. Kalau boleh mahu dibalas, dia tak berani, dia penakut.Di sekelilingnya lelaki berlagak sebagai Tuhan kerana agama menyuruh wanita mentaati mereka.Maka berleluasa lelaki yang berlagak alim , menunjuk kuasa. Bertimbun-timbun kes suami tak beri nafkah, tak cukup mendera anak isteri.Isteri dibuat bagai hamba.Lihatlah sekeliling, kenyataan itu pahit bukan?Keganasan terhadap wanita berlaku di negara Islam padahal Islam memberi hak yang adil untuk wanita. Di sini sahaja, lihatlah si isteri memberi peluang suami makan dulu .Memasak dan menjaga anak.Selepas makan, barulah isteri boleh hadap makanan, itupun sisa si suami sambil berebut dengan anak.Sedih b...