Langkau ke kandungan utama

Entri 72: Nyoman

Lebih kurang pukul 6.30 pagi di Lapangan Ngurah Rai, terang benderang seperti pukul 9.00 pagi di Pulau Pinang.

Ramai beratur di bahagian kaunter imigresen. Mata pegawai pegawai imigresen kebanyakan lebam.Saat seorang pegawai wanita memeriksa pasportnya baru Nurindah perasan notis yang pasport cover mesti ditanggalkan sebelum menyerahkannya kepada pegawai. "Oh, maaf.Aku lupa tanggalkan covernya. "

Pegawai wanita tersebut mengangkat muka, "Kenapa?"

"Aku lupa tanggalkan cover pasport."Nurindah  menuding ke arah pasport yang dipegang pegawai tersebut.

"Oh, enggak apa apa. "balas pegawai tersebut sambil tersenyum. 

Lega,seterusnya melalui checkpoint pegawai kastam.Seorang pegawai lelaki muda menunjukkan backpack Nurindah."Aku mahu check itu."katanya. 

Padahal beg tersebut baru sahaja melalui pemeriksaan automatik. Dub dab dub dab.Buatnya ada dadah tersesat dalam beg aku??

Pegawai lelaki tersebut mula mengeluarkan satu per satu isi  beg Nurindah.Mee segera, coklat, perkakasan mandi...tuala wanita--

"Err..."Muka Nurindah terasa hijau biru.Matanya melilau, manalah tahu ada tempat sesuai untuk menyorok kalau ada barang barang yang pelik lagi keluar.

"Ini apa?" Pegawai kastam menunjukkan jarinya berlendir. Dahinya berkerut sambil membelek di mana puncanya. 

Dahi Nurindah turut berkerut memikirkan barang apa yang berlendir jernih sedang pegawai kastam meneruskan siasatannya.

Pegawai tersebut menunjukkan satu tiub berwarna hijau yang terbuka mengeluarkan isi jernih."Ini."

"Ahhh...."Nurindah mengeluh, itu gel aloe vera. Mungkin tiub terbuka sewaktu proses pemindahan bagasi. Habislah barang barang lain turut berlendir jika gel itu tertumpah banyak. 

"Kamu bekerja di Malaysia?"Pegawai tersebut menyoal.

"Ya."

"Dari mana?"

Nurindah  sedikit pelik."Malaysia. "

"Oh, aku sangka kamu dari sini."Pegawai tersebut masih membelek barangan Nurindah.Sedang Nurindah pula susah hati kerana pegawai tersebut masih mengeluarkan isi kandungan begnya.Aduh... malu rasanya jika nanti pegawai tersebut menjumpai pakaian dalamnya.Dia terfikir bagaimana kalau baju dalamnya dilonggokkan di atas kaunter seperti tuala wanita , mee segera dan lain lain.

"Ke sini kerja atau liburan? "Mungkin pegawai itu cuba berbual kerana faham keresahan Nurindah.
"Travel. "Tidak menjawab soalan kerana Nurindah keliru.

"Dengan teman?"

"Err...Seorang. "Mata Nurindah membulat saat pegawai tersebut menyelak bahagian pakaian.Habislah--mujur dia tiba tiba berhenti kemudian meletak kembali barang barang ke dalam beg.

"Kok enggak takut? Berani kamu.Sendirian."Komennya.

"Kalau dia takut makanya dia enggak berada di sini sekarang."sampuk seorang pegawai lelaki menghampiri mereka berdua.Mereka ketawa.

"Ini mahu check?"Nurindah menghulurkan beg yang dijinjing setelah pegawai tersebut selesai mengemas backpack nya. 

"Enggak usah."Pegawai tersebut tersenyum.Aduh, bila diperhatikan betul betul tampan juga pegawai ni.Mungkin umurnya pertengahan dua puluhan. 

"Hati hati ya.."

"Ya."Nurindah berjalan mencari kaunter informasi, dia mahu tahu apa cara yang terbaik untuk dia ke Kuta. 

Sudah cerah benderang tapi suasana airport agak sunyi."Bagaimana mahu ke Kuta? "

"Teksi."jawab seorang wanita yang bertugas di kaunter informasi. 

"Bagaimana dengan public transport yang lain? Ada enggak? "

Wanita tersebut menggeleng sambil tersenyum. "Enggak ada. "

Aduh, jika teksi mungkin mahal. Oh, dia perlu membeli SIM kad Indonesia untuk kemudahan, lagi pula perlu telefon emak dulu.Mungkin dia merayau dulu mencari SIM kad.

Dia keluar dari pintu besar lapangan terbang,  ramai sekali pemandu teksi menyoal,"Mahu ke mana ibu?"

Aduh.... mesti mahal.Nurindah buat tak tahu, menonong saja dia berjalan.Kalau aku ke hotel pun mana boleh check in lagi sekarang, jadi lagi baik dia pergi ke mana mana dulu.

"Mbak...mau ke mana?"Seorang pemandu mengekorinya, menghalang jalan Nurindah. 

Huh..Tidak bolehkah dia dibiarkan berjalan bebas?Nanti aku penat, pandailah aku cari jalan. 

"Mau cari kartu."Kartu itu SIM kad.

"Begini mbak, aku hantarin kamu cari kartu."

"Berapa ongkosnya? "Tanya Nurindah , rasanya kalau setakat nak cari kedai top up tak da lah jauh sangat. 

"45 000." 

Mak aiihh...Bawa pergi beli top up pun nak dekat rm 15.Nurindah menggeleng ,meneruskan perjalanan.

Kenapa sunyi sangat? Di mana kedai kedai,Nurindah sedikit kecewa bila sampai di jalan besar.Sunyi...tak jumpa lagi manusia biasa yang boleh ditanya.

Ada khemah kecil, kelihatan dua orang pegawai keselamatan berdiri.Setiap kenderaan yang hendak masuk ke arah lapangan terbang diperiksa terlebih dahulu."Mungkin boleh tanya."detik hati Nurindah.

"Selamat pagi, di sini ada kedai berdekatan?"Dia bertanya kepada pegawai yang bertubuh kecil sedikit.

Pegawai keselamatan tersebut menggeleng. "Enggak.Jauh kok mau jalan."
"Kamu mau ke mana?"Tanya seorang lagi pegawai keselamatan yang agak tinggi dan sasa.

"Aku mau ke Kuta. Sebelum itu mahu cari kartu dulu."Nurindah memberitahu.

"Kalau dari sini  bisa naik teksi."Pegawai keselamatan yang bertubuh kecil sedikit menyampuk.

"Ojek bisa?"tanya pegawai keselamatan yang sasa.
"Bisa." Nurindah mengerutkan dahi, tapi rasanya tak nampak lagi motosikal yang lalu di jalan raya ini.Banyak kenderaan yang besar besar sahaja.

"Begini, temanku dia bawa ojek. Jika kamu mahu aku bisa nelefon dia."Pegawai keselamatan tersebut memberitahu.

Setelah berunding, akhirnya Nurindah bersetuju dengan harga 250000 dengan syarat dia dibawa ke Uluwatu,  membeli SIM dan dihantar ke hotel.Sebab masih lagi awal, jika dia ke hotel dulu belum tentu boleh check in.

"Oh, nama ku I Gusti Ngurah Ashwin. "Pegawai keselamatan yang bertubuh sasa memperkenalkan diri.

Nurindah terdiam, dia kurang menangkap nama yang disebutkan oleh pegawai muda tersebut.Cuma dia mengagak ada bunyi Agus di depan."Namaku Nur."

Agus bercerita yang temannya juga seorang pegawai keselamatan, tetapi waktu cuti membawa ojek."Kalau aku punya ojek aku juga mahu bawa kamu."dia berseloroh.

Seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di hadapan mereka.

Okay, Nurindah mengetap bibir."Ya Allah, mudahkan lah urusan ku. "Agak terkial kial juga dia menaiki motosikal kerana di rumah pun dia sangat jarang membonceng motosikal.

Namun dia sangat bersyukur kerana langsung tidak ada yang tersentuh sepanjang perjalanan.Lelaki tersebut cekap mengendalikan motosikalnya.

"Siapa namamu?"Nurindah separuh menjerit .Agak kekok sebab dari tadi langsung tidak berkenalan .

"Nyoman! "

"Tadi kawan mu ya.Namanya panjang ya. "
"Itu orangnya tingkat tinggi.Orang besar besar gitu. "

Nampaknya perjalanan ke Uluwatu melalui jalan jalan yang berbukit.Cuaca sangat panas padahal belum lagi pukul 10 pagi.Naik motosikal ...pengalaman yang bakal diingati.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba