Langkau ke kandungan utama

Entri 92 : Bisik hati

"Hai... apa khabar?"

Suara itu seperti tersipu-sipu.

Pagi ini dia bangun awal. Dia mengeluh tidur tidak cukup , jam 4.15 pagi nanti Grab akan datang menjemput.

Semalam untuk pertama kali dia membuat keputusan untuk menaiki Grab dari rumah ke airport.Selalunya jika penerbangan awal pagi, dia akan memutuskan untuk lepak sahaja di lapangan terbang sahaja semalaman.Jimat duit.

RM105. Mahalnya, pukul 8 malam dia masih berkira kira.Akhirnya dia menekan butang Book di aplikasi Grab.

Walaupun dia berada di rumah, masih juga dia tidak dapat tidur awal.Rutinnya sebelum kembara adalah mengemas, membasuh baju dan lain-lain.Dia tidak mahu tertekan apabila balik dari bercuti nanti melihat biliknya berselerak dan baju yang tidak dibasuh.Suatu hari nanti perkara-perkara begini akan diautomatikkan...tunggulah.Dia berdoa sambil melipat baju.

Sudahnya pukul 12 tengah malam dia masih bergolek-golek di atas katil.Susahnya nak tidur.Urghh... baik lepak di airport.

"Ahh..kalau lepak di airport, baju tak terbasuh.Kelam kabut dari pejabat ke airport , naik ERL pun dah RM50 ringgit.Bukankah lagi teruk?"

"Bayar untuk masa.Jika boleh beli masa, beli.Gantikan dengan perkara yang berfaedahJika tak mampu beli masa, pastikan masa itu digunakan sungguh-sungguh."

Bisikan tersebut berlalu seperti angin.

Pukul 3.30 alarm berbunyi.Ditekannya butang Snooze.

Pukul 3.45 berbunyi lagi.

Ohh...shit shit. Dia bingkas bangun basuh muka dan gosok gigi tak sempat mandi.

"Nur, besok pagi jangan pakai cantik cantik.Jangan mekap, busuk-busuk saja."

Nasihat kawannya semalam diikut tanpa sedar.Kawannya risau pagi-pagi buta menaiki Grab, jadi nasihat untuk berbusuk-busuk itu mungkin relevan.Dia ikut tanpa sedar dek terbangun lambat.

Pukul 4.05 pagi, pemandu Grab sudah menelefon.Awalnya, bukan jadual pukul 4.15 pagi ke?

Baguslah, dia awal.Semalam kamu juga jadualkan 4.15 kerana bimbang takut pemandu terlambat.

Pukul 4.10 dia turun, sebuah teksi siap menunggu-- eh rupanya pemandu ni sudah datang awal.Ingatkan telefon tadi baru nak confirm.

Suasana senyap dalam kereta.Pemandu itu berusia mungkin lima puluhan tidak membuka radio.
Mahu dia menyuruhnya buka radio akan tetapi hasratnya mati.Mungkin pakcik ini tak buka radio sebab mahu menumpukan perhatian pada Waze.

Jadi dia mengeluarkan earphonenya, menekan Spotify dan memainkan lagu-lagu Maroon 5.

Beberapa minit kemudian terpapar nombor yang bermula 03 memanggil.

Ahh... scam ke? Pejabat mana buka pagi pagi ni.Dalam syak wasangka diangkat juga.

"Hello"
"Hello, kami dari pihak Grab ..." suara wanita. "mahu memastikan kenderaan puan sudah sampai?"

"Ya."

"Puan sudah naik?"

"Ya, dalam perjalanan sekarang."

"Baik.Itu sahaja.Kalau ada apa-apa sila hubungi kami.Terima kasih."

Rupanya Grab memantau perkhidmatannya.Lega.Dia tersenyum, gabungan aplikasi dan manusia memang hebat.Komputer memang cepat dalam membuat kerja akan tetapi kurang kecerdikan untuk membuat keputusan sebegini.Dahulu segala yang tidak mungkin  sekarang semua sudah menjadi nyata.

Moga moga dia dapat membina aplikasi yang memudahkan dan membangunkan umat manusia.

Hampir sampai, dia mengeluarkan dompet mengira buat bayaran Grab.Hantu betul ATM semalam, RM300 tapi semuanya nota RM10. Tambang 105, takpalah beri 110 suruh pakcik pemandu tu beli sarapan.

"Maaf, saya tak ada duit besar.Cuba kira."

"Baik.RM110 termasuk tol boleh?"

Terdiam sekejap, hasrat hati tadi mahu beri lebih tetapi rupanya cukup-cukup sahaja.

Masuk sahaja lapangan, pukul 5 pagi.Dia masih lagi mamun dan terfikir-fikir apa yang perlu dibuat.

"Assalamualaikum."

Sebuah kopitiam beroperasi, ramai manusia yang kembara seperti dia. Dia melihat menu.Roti kaya, telur separuh masak dan kopi.

"Keep the change." Katanya kepada pelayan , tiga puluh sen sahaja.Tapi masih pelayan tersebut mengembalikan dulang dengan baki tiga puluh sen.Nampaknya masih belum rezekinya untuk memberi.

Manusia sentiasa membandingkan betapa susahnya mendapat sesuatu dari memberi sesuatu, akan tetapi jika Allah tidak mengizinkan kita memberi , kita tak akan dapat memberi.Keupayaan memberi rupanya satu nikmat yang disalah erti sebagai beban.

Dia membuka laptop.Terfikir-fikir apa yang mahu dibuat.

Ada seorang gadis baru duduk meja sebelah.

"Assalamulaikum"

Seperti berbisik.Siapa itu?Tidak diendah. Dia mencelup roti ke dalam telur dan mengunyah malas malas.

Gadis tadi sedang makan.Diperhatikan makanan gadis tersebut.

Roti kaya , telur separuh masak dan kopi.Seperti dirinya, gadis tersebut mencelup roti ke dalam telur dan mengunyah tanpa sedar ada manusia sedang memerhati dan membandingkan makanannya.

5.45 pagi.

Onboarding 6.40 am.

Ahh awal lagi.

"Pergi sahaja sekarang.Nanti masuk dalam boleh solat dan sambut menulis."

Berat di menutup laptopnya dalam mod Sleep.Longlai mencari balai pelepasan domestik.Mujur semua berjalan lancar.Dia tunduk melihat pas masuk, gate mana ya? Seperti tidak ada, lantas dia mencari skrin yang terpapar

Langkawi Gate Closes

Tutup.Humm ... tak buka lagi kut, dia merenung lagi pas masuk.Ternampak tulisan kecil

"...door closes at 6.20."

Ohhh...Dia melihat jam 6.15 pagi. Pintu masuk J20, berlari dia mencari pintu .

5,6...17 oohhh jauhnya. Dia tercungap-cungap.

Akhirnya sampai seorang staf perempuan berdiri di situ.Nampak gayanya dialah orang terakhir.Syukur.

"Langkawi?" Mengah.

"Eh ini ke Miri."Staf itu menjawab.Dia mungkin sudah biasa dengan penumpang-penumpang panggilan terakhir sebegini.

Ohh.. sudahlah lambat, salah pula tu.

"Dekat mana Langkawi?" Sebenarnya dia sudah mahu menangis.Tolonglah jangan jawab pintu A atau C.Dia berasa sangat lelah, tidak pernah dia berlari sekalut ini.

"J18.Situ."

Mujur...mujur sangat J20 berdekatan dengan J18.

Saat dia sampai di J18, dia terbongkok mengah.Bukan kerana letih tetapi mungkin kerana serangan panik.

"Mujur akak sempat.Saya dah nak tutup dah ni." Kata staf yang memeriksa pas masuknya.

"Ya, salah saya."Dia mengah.Kalau dicarut sekali pun dia takkan melawan.

Lega dia berada di kerusi.Masih lagi tercungap-cungap saat beberapa orang lain juga tercungap-cungap baru masuk.

Kali ini dia belajar sesuatu.

"Assalamualaikum."
"Waailakumsalam.Mana kamu selama ini?"

"Ada.Di sisi kamu seperti biasa."

"Yakah?Tetapi kenapa lama dah tak bercakap?"

"Saya masih lagi berbisik pada kamu.Mungkin kamu yang sudah lama tidak mendengar."

Kapal terbang berlepas sambil disinari cahaya matahari pagi.


Dash Resort, Langkawi
3 Ogos 2018


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba