Langkau ke kandungan utama

Entri 196 : Cerita anggur tidak berbiji

Dia suka makan anggur berbiji. Di era millenial ini susah benar mendapatkan anggur berbiji. Entah bila kali terakhir dia menikmati anggur berbiji. 

Apabila dia menghampiri rak-rak anggur di pasar raya, semuanya tertulis 'Seedless' . Hampa. 

Dia menelusuri pasar-pasar kecil dan  bertanya,

"Ada biji ke?" walaupun paket tertulis Seedless masih dia bertanya dengan harapan anggur berbiji termasuk dalam bungkusan anggur tidak berbiji.

Penjual-penjual buah selalunya akan menjawab dengan riang. "Tak ada kak. Manis yang ini."

Dengan muka yang hampa, "Tak ada ke anggur yang berbiji?"

"Huh, jarang ada anggur berbiji. Orang tak makan biji anggur."Penjual buah kehairanan. 

Kasihan anggur berbiji. Semakin pupus.

Pernah ada satu kedai buah yang menjual anggur berbiji. Dia adalah di antara pelanggan tegar yang membeli anggur di situ. Itu antara satu-satunya kedai yang menjual anggur berbiji, maka dia memborong buah-buahan lain bersama walaupun harganya kadang-kadang mahal sedikit. Tak apalah, bukan senang mencari anggur berbiji. Kemudian kedai itu berhenti menjual anggur berbiji kerana susah nak cari dan juga kurang dibeli.

"Kenapa makan anggur dengan biji? Orang tak makanlah biji anggur." komen seorang kawan.

Dia tidak anti anggur tak berbiji. Kadang-kadang dibeli juga demi memenuhi diet buah-buahannya. Akan tetapi menikmati anggur tak berbiji seperti menikmati nasi lemak yang tak ada daun pandan atau ikan bilis. Walaupun nasi lemak itu berlaukkan ayam panggang atau daging masak rendang ianya tidak setanding dengan nasi lemak berlaukkan ikan bilis. Mudah tetapi sukar didapati sekarang.

Di manalah anggur yang berbiji yang biasa dinikmati waktu kanak-kanak dahulu.

Mungkin dia terpaksa menerima hakikat anggur sudah tidak lagi berbiji. Jika anggur sudah tidak berbiji bagaimanakah pokoknya berbuah?

Atau adakah biji-biji anggur sudah diambil dan dijadikan Grapeseed oil yang mahal itu? Ahh... manusia tidak makan biji anggur tetapi sanggup bermahal-mahal membeli minyak biji anggur. Aneh bukan?

Mungkin petang itu adalah antara petang yang paling diingati apabila dia berhenti di satu kedai buah untuk melihat-lihat buah.  Dia sudah berputus asa mencari anggur berbiji. Tetapi anggur merah besar-besar kemerahan yang teratur di gerai itu menjentik hatinya, mungkinkah?

"Anggur ini ada biji ke?" tanyanya.

"Huh... ada dik. " jawab penjual.Nada jawapannya kedengaran hampa.

"Ya Allah, terima kasih kak.Ambil satu. Susah nak cari ni. " Tidak tergambar betapa bersyukurnya dia menjumpai anggur tidak berbiji.

"Kamu suka anggur berbiji ke? Biji anggur boleh makan ke?" Penjual itu membalas kehairanan. 

Dia terpinga sekejap dengan soalan penjual, "Kenapa pula biji anggur tak boleh dimakan?" dia memakan biji anggur dari kecil, belum pernah lagi pokok anggur tumbuh di kepalanya. 

"Aku sebenarnya tersalah beli. Anak lelakiku bertanya, bagaimana mahu menjual anggur yang berbiji?Nanti orang bilang tipu." beritahu penjual dengan dialek Negeri Sembilan.

"Ya Allah, susahnya saya cari anggur berbiji. Kalau akak jual maka saya sudah tahu di mana mahu beli." Jawabnya seperti orang mengidam mendapat apa yang diinginkan.

Petang itu dia bukan sekadar beli anggur, dia juga beli limau dan jagung. Rasa bersyukur melimpah ruah bila memikirkan bagaimana perjalanan anggur yang berbiji, ditolak orang tetapi menemuinya yang menghargai rasanya.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 165 : The philomel

T his entry was parked under my draft quite some time, I was having hard time to choose to write this in Malay or English.  It is not because I am good in both language, in fact I am not good in both. Either one makes me tremble whenever I type the word, thinking whether is it proper, is it the right one?  Honestly, there is no word to describe feeling. We I always use the word as metaphors to describe it and most of the time peoples get misunderstanding regardless what word we I chose. Plus typo all over the places, some small mistakes such missing important coma ,  but or pause can cause catastrophes. Such as we and I, since I was small I used the word kita  to represent I but actually kita means we . Because of the misplaced ' kita' sometimes I get into troubles. I have to correct it every-time I accidentally use it - nope kita does not mean you and me but it means me -- but kita means we ... and there we go to the next argument. Trying to straighten me...

Entri 179 : Aku sebatang pensil ...

Aku sebatang pensil, berwarna biru. Di batang tubuhku terukir dengan tinta emas nama pelangganku, sebuah rangkaian hotel terkemuka di dunia. Aku tidak berapa pasti dari mana asal usulku. Cuma menurut cerita aku ini kacukan dari dua bangsa yang sangat berbeza. Samada ayahku berasal dari kayu kayan yang hidup berakar di bumi ataupun ibuku mungkin galian dari tanah. Plumbum barangkali. Aku masih ingat ketika aku diusung keluar dari kilang, bersama-sama dengan kawan-kawanku. Kami dibahagikan ke beberapa cawangan hotel di seluruh Malaysia. Setibanya kami di hotel, kami diletakkan di dalam bilik berasingan, di atas meja bersama buku nota kecil. Tetamu datang dan pergi. Kadang-kadang mereka menggunakan aku, mencatatkan nombor-nombor dan kemudian aku ditinggalkan di atas meja semula. Aku tidak ingat berapa lama aku terdampar di atas meja,  jika ada tamu yang cemerkap aku terpelanting di bawah meja. Juru kemas akan memeriksa keadaanku dan meletakkan aku semula di atas meja. Suatu hari ada ...
Buy Me A Coffee
Thank you for visiting. You can now buy me a flower!