Langkau ke kandungan utama

Entri 199 : Jawapan

Dia terjaga di awal pagi tanpa deringan loceng. Bukan pertama kali. Telinganya menangkap bunyi burung-burung berkicau. Dia merenung langit yang cerah  tak berbintang. 

"Seronoknya tidur sambil melihat langit." Nah, doanya dikabulkan sekarang. Tidurnya berlangitkan bintang, nyalakan anjing yang bertekak berebut kawasan kadang menyapa lenanya dan kicauan burung mengusap telinganya.

Sebenarnya bintang ada di situ, di langit yang sama tetapi tidak kelihatan di mata kasar dek lampu-lampu di dunia.

Dia terasa sunyi sekali namun dia tidak mengharapkan sesiapa di sisinya kerana setakat ini seorang pun tidak akan memahami jalan fikirnya. Walau ibunya sendiri. Aneh.

Sambil dia merenung langit yang kosong, dia terfikir sahabat-sahabat gua yang mengasingkan diri dari dunia mungkin sunyi. Mungkin di dalam gua mereka terkenangkan kehidupan harian mereka ke pasar, bekerja. Tetapi sahabat gua tidak keseorangan, mereka sama-sama mengasingkan diri  berkumpulan.

Bibirnya menyebut  zikir, zikir Nabi Yunus a.s . Dia tidak tahu sejak bila dia mengetahui tentang zikir tersebut. Yang dia tahu, bibirnya mudah menyebutnya sejak dari dulu cuma baru sekarang dia mengetahu kisah zikir tersebut. Aneh, lidah biasa menyebut sesuatu yang tidak diketahui.

Zikir ketika Nabi Yunus a.s dikurung dalam perut ikan yu. Mungkin kerana dia juga terkurung, Tuhan menghantar zikir ini kepadanya.

Orang kata kalau dibaca sunyi dan kesusahan akan hilang. Orang kata, kalau nak berkesan berzikirlah dengan ikhlas. Ikhlas itu bagaimana?

Zaman ini zaman yang sebutan cinta dan sayang itu mudah. Berlambak sahaja yang menitipkan padanya, kita ini sahabat sampai ke syurga. Aneh, jika di dunia pun tidak berusaha berjumpa, mesej pun jarang dibalas bagaimana nanti di Padang Masyar? 

Saya sentiasa doakan anda. Ya, saya pun doakan anda juga, seperti doa untuk sekalian orang beriman selepas solat.

Ikhlas?

Dia kembali merenung langit yang kosong, tertanya-tanya kenapa Tuhan mengasingkan sesetengah yang lain sedang manusia fitrahnya mahu bersama. Teringat kisah Maryam yang mengasingkan diri. Adakah dia juga sebenarnya dipingit Tuhan?

Tidak ada jawapan.

Dia bingkas ke bilik air, membasuh muka dan solat dua rakaat.

Mungkin belum masanya untuk dia mengetahui jawapan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan ...

Entri 52 : Trauma

"Kamu sudah ada kawan?" Nenek bertanya. Nurindah menggeleng."Tidak ada." Dia kalau boleh mahu mengelak soalan begitu bukan kerana jawapannya tidak ada. "Eh...cuba-cubalah cari."Makcik-makcik menyampuk."Umur kamu sudah tua, bila lagi kamu mahu berlaki?" "Tak biasa."Dia membalas.Malas. Kalau boleh mahu dibalas, dia tak berani, dia penakut.Di sekelilingnya lelaki berlagak sebagai Tuhan kerana agama menyuruh wanita mentaati mereka.Maka berleluasa lelaki yang berlagak alim , menunjuk kuasa. Bertimbun-timbun kes suami tak beri nafkah, tak cukup mendera anak isteri.Isteri dibuat bagai hamba.Lihatlah sekeliling, kenyataan itu pahit bukan?Keganasan terhadap wanita berlaku di negara Islam padahal Islam memberi hak yang adil untuk wanita. Di sini sahaja, lihatlah si isteri memberi peluang suami makan dulu .Memasak dan menjaga anak.Selepas makan, barulah isteri boleh hadap makanan, itupun sisa si suami sambil berebut dengan anak.Sedih b...