Langkau ke kandungan utama

Entri 225 : Biarkan aku menurut jejak ayahku

Sebanyak-banyak masa yang ada, dia berasa dia sudah tidak mempunyai harapan. Ramadhan berlalu, ramai yang bergegas mencari keampunan dan dia hanya melihat mereka. Dia sudah hilang keghairahan tersebut.

Dahulu dia seorang Muslim yang agak baik, lebih baik dari sekarang. Sekarang dia hanya menjadi pemerhati dan pemalu. Tidak layak untuk membuka hadiah-hadiah di bulan Ramadhan. Entah adakah hadiah untuknya. Dia sendiri malu untuk meminta sedang tangannya kotor.

Malu untuk meminta dengan tangan penuh berlumpur dosa. Dia berbaring ke luar jendela, membiarkan azan Isya berkumandang tidak berjawab. Dia ingin tidur, memadamkan suara hati yang berkecamuk. Entah bila matanya terlelap dan membawanya hanyut ke dunia gelap.

"Celakalah diriku, maka aku tidak layak untuk rahmat Mu. Maka akan aku celakakan Adam kerana dialah mencelakakan diriku." Begitu Iblis hidupnya mencemuh Adam. Alangkah anehnya beberapa ketika lalu namanya adalah Azazil yang dihormati dan sekarang dia memegang nama Iblis, yang bermakna putus asa dari rahmat Allah.

Sedang Adam, yang menikmati kehidupan syurga. Yang selama ini ditemani Malaikat dicampak ke dunia. Jauh dari Syurga. Jika dahulu dia boleh berbual-bual dengan Penciptanya dan malaikat-malaikat secara terus. Tidak ada lagi nikmat-nikmat syurga. Daripada seorang yang sangat dekat dengan Allah tiba-tiba diturunkan jauh... sangat jauh.

Sebelum ini dia boleh berkomunikasi secara terus tetapi tiba-tiba di dunia Allah menghantarnya wahyu.

Jikalau Adam ingin berputus asa dari rahmat Allah, boleh sahaja. Boleh sahaja dia memutuskan dirinya tidak berguna, cilaka seperti musuhnya Iblis. Tidak.

Tidak...tidak sesekali. Ya Adam manusia, dia buat silap. Manusia akan buat silap... berkali-kali. Itu fitrah anak Adam, sentiasa terlanggar dan melakukan dosa. Namun dia tidak akan berputus asa dari rahmat Allah. Itu iblis.

Biarlah Allah mencampaknya ke bumi tidak bermakna Allah meninggalkanNya.

Quran diturunkan bukan untuk mencela dan menjatuhkan kamu.Quran diturunkan untuk mengatakan bahawa sudah tidak ada harapan untuk kamu.

Quran adalah janji Allah untuk mereka yang berharap. Mereka yang mencari-cari tidak kiralah betapa jauhnya kita tersesat, jatuh. Quran adalah untuk mereka yang percaya tidak kira betapa kotornya diri ini, kita tidak akan sesekali akan menurut sunnah iblis. Kita akan menurut jejak ayah kita. Biarpun terbuang di dunia, kita mesti percaya bahawa masih ada harapan untuk Allah mengampuni kita.

Jangan sesekali mengatakan pada dirimu, aku ini berdosa tidak ada daya lagi untuk melakukan apa-apa. Jangan sesekali. Itu Iblis.

Kamu manusia, memang kamu selalu silap. Jangan malu dengan Ramadhan. Allah sedang mengikat Iblis, yang menyebabkan ayahmu Adam tergelincir dari syurga kerana tidak mahu kamu terganggu. Allah menurunkan tali rahmatnya untuk kamu capai di Ramadhan. Jangan malu, capailah ia.

Begitu, fitrah kita sebagai manusia. Sebagai perindu dan pendosa kita malu. Maka kita akan bertanya, bagaimana Allah jika kita begini dan begini. Kita tanya ustaz kita tanya orang lain.

Maka, Allah berkata

 Apabila hambaKu bertanya tentangku, katakan Aku ini dekat.

Terus Allah berbicara dengan kita.  Dialah yang menjawab doa kita walaupun kita berdoa hanya sekali. Allah tidak sesekali berpaling dari hambaNya walaupun hambaNya datang dengan berpalit dosa. Datanglah padaNya dengan merangkak sekali pun, Dia tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya.

Jadi jika kamu tersungkur ke dalam lubang yang paling kotor, dalam dan gelap.

Serulah Dia.

Serulah Dia dengan hatiMu yang ikhlas kerana hanya kamu dan Dia sahaja yang tahu.

Orang di sekeliling kita mungkin memikirkan kita ini lebih baik atau lebih buruk.

Tiada sesiapa yang tahu kamu tapi Allah tahu.

Jadi lupakanlah sangkaan-sangkaan manusia tentangmu. Kamu sendiri tidak kenal diri kamu.

Maka abaikanlah bunyi-bunyi bising tersebut. Seru saja Allah dan mintalah padaNya.

Di bulan ini, panggillah Allah.

Berbicaralah dengan Allah dengan bahasamu. Mungkin kamu tergagap-gagap tidak mengapa. Teruskanlah berbicara. Allah yang menciptamu maka selama ini Dialah yang paling bersabar denganmu.

Berbicaralah dengan Dia walaupun ada orang mengatakan anda gila.

Dan bagaimana anda mahu mendengar jawapan-jawapan dariNya.Bagaimana?

Maka di situlah Quran.

Doa adalah apabila kita berbicara dengan Allah

Quran adalah ayat-ayat Allah berbicara dengan kita.

Dia membuka mata, kali ini masih gelap. Dia bangun menuju ke bilik air. Berwudhuk. 

Biarlah aku menurut jejak ayahku. Biar tangan ini berlumpur dosa tetapi tidak malu menadah meminta ampun pada Sang Penciptaku.

Inspirasi :

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba