Langkau ke kandungan utama

Entri 238 : Perkara yang tak dirancang

 Kita hidup di era dengan adanya ideologi set gol, kena buat perancangan. Memang bagus tetapi ianya menjadi toksid apabila berlebih-lebihan. Pendek kata, gagal untuk merancang dan merancang untuk gagal. Kita melihat gol-gol yang tidak tercapai , to do list tak bertick sebagai kegagalan.

Akibatnya hidup kita adalah untuk memastikan gol yang kita cipta tercapai, to-do list kita bertick sedang hidup ini lebih dari itu.Pada  malam hari kita bersedih melihat gol-gol dan to do list tidak tercapai dan terpaksa belajar redha.  Sedangkan kegembiraan yang bergantung kepada gol yang bercapai dan to do list yang bercheck adakah kegembiraan yang hakiki. 

Cuba buat satu journal, perkara-perkara yang tak terjangka yang terjadi pada hari ini ;

Contoh : 

1- Tidak menjangka bertemu crush dalam lif sedang anda tahu crush anda tidak tinggal satu apartment, malah anda mengelak untuk bertemu crush anda dengan memilih untuk  tidak lalu di kawasan yang anda jangka crush anda berkeliaran di situ. Malah di dalam lif,  crush anda pula memberitahu kebetulan ada pelanggannya yang tinggal di apartment jatuh sakit dan crush anda perlu ke situ atas urusan perniagaan. 

Crush anda pun mungkin tidak menjangka pelanggannya sakit dan bertemu anda dalam lif.

2- Anda masuk kedai buku dan patah hati kerana kedai tersebut kelihatan tidak menjual buku-buku tulis dan ketika anda berkira-kira mahu meninggalkan kedai tersebut satu keluarga masuk dalam kedai dan salah seorang anak berkata, 'Saya nak cari buku tulis.' Jadi anda bertindak mengikuti keluarga tersebut dan bammm anda jumpa buku nota anda.

Anak itu tidak menjangka kata-katanya memberi petunjuk pada anda malah mungkin dia tidak tahu ada yang mengekorinya sehingga ke rak buku nota.

3- Anda merancang untuk bersarapan dengan nasi lemak yang selalu sold-out di sebuah gerai berdekatan rumah. Setelah menunggu lama akhirnya terdapat salah faham yang menyebabkan nasi lemak yang dipesan anda diambil dengan tidak sengaja oleh seorang pelajar sekolah dan pelajar tersebut telah keluar menuju ke sekolah. Bila anda ingin memesan, nasi lemak sudah habis. Anda naik ke atas dan mendapati roti anda masih bersisa tiga keping perlu dihabiskan dan ada telur yang sudah siap direbus pada hari sebelumnya. Anda lupa tentang roti dan telur kerana ternampak gerai nasi lemak. 

Penjual nasi lemak tidak menjangka tempahan untuk anda diambil oleh orang lain dan dia tidak dapat menggantikan kepada anda kerana kehabisan nasi lema

Pelajar yang terambil makanan anda tidak menjangka dia mendapat dua jenis sarapan hari ini, mungkin dia akan berkongsi dengan sahabatnya di sekolah.

Jadi setiap malam, cuba lihat perkara-perkara yang terjadi hari ini yang anda tidak rancang pun. Anda boleh menulis perkara-perkara yang ingin anda buat keesokannya tetapi anda akan mendapati perkara yang manis adalah perkara-perkara yang tidak dirancang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba