Pagi di bulan May yang sungguh cerah.Seperti dirancang semalam Maria mahu menemani Nurindah ke Hampstead Heath Park.Lebih kurang tiga kilometer dari rumahnya, mereka melalui jalan jalan kecil di daerah Brent ini. Sambil menikmati hiruk pikuk pagi mereka berbual-bual sepanjang jalan.Mungkin aneh akan tetapi Maria berminat tentang Nabi Muhammad s.a.w. Semalam dia bertanya bagaimana orang Islam sembahyang, maka Nurindah menunjukkan cara sembahyang secara ringkas kerana dia berada dalam keadaan haid. "Oh, sekarang aku faham. Ketika kamu bersujud, kamu membuat hubungan dengan alam.Di saat itu kamu peroleh manfaat yang banyak."Komennya dari sudut faedah meditasi. Nurindah mengangkat kening, tidak faham.Mungkin bahasa Inggeris bukan bahasa ibundanya, namun bagi Maria bahasa Nurindah lebih baik dari sesetengah tetamu yang menginap di rumahnya. Latar belakangnya sebagai seorang psikoterapi membuatnya meneroka pelbagai kepercayaan Kristian, Hindu, Buddha dan Islam. Dari...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com