DIA TIDAK TAHU APA YANG DIFIKIRKAN.Fikirannya melayang entah ke mana. Jalan dari rumah ke Masjid Wilayah tidak perlu guna Waze.Jalan yang sama dilaluinya dua kali seminggu sejak beberapa bulan yang lalu. Entah kenapa dia tidak masuk ke simpang yang sepatutnya tetapi terus ke Bukit Tunku yang sunyi sepi itu. "You're perfect , you always looking for improvement." Dia tidak tahu apa lagi personal development yang harus ditulisnya. "Improve communication skills." Dia menulis. "I never think you have communication skills, you communicate with us perfect." Diam.Dalam hati, mungkin masalah kurang keyakinan.Selalu dia perasan orang tidak faham apa yang hendak disampaikan. Sempurna.Sempurna itu subjektif, berbeza untuk setiap orang. Hidup orang lain sentiasa nampak sempurna Sedangkan... setiap pagi dia berlatih senyum semasa mandi setiap hari dia cuba luangkan masa untuk membaca. setiap malam dia akan susun to-do list. setiap detik dia...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com