"Semalam mak tidur rumah tok.Mak kan dah berapa lama dah tak balik kampung. Dua bulan dah kut." Emak bercerita."Mak tido dengan tok.Tok mu kapok mak.Mak rasa seronok behawa la."Ada sedikit terharu pada nada suara emak. "Emak..."Nurindah gelak, terasa pelik bila emak yang berusia 60 tahun bermanja dengan nenek. "Mak rasa seronok macam muha seronok bila mak kapok muha .Habis hati rasanya." Anak walaupun seratus tahun umurnya tetaplah anak kecil pada pandangan ibunya. "Ni mak nak tanya ni, bulan ni Along tak beri duit kat mak ka?" "Dak mak oo.Along pinjam bulan ni nak bayar homestay boleh?.Bulan depan Along ganti. Okpa deh ? Mak tak cukup ka bulan ni?" " Dak mak pun kering gak bulan ni. Takpa lah. Mak ingat nak buat kuar lima ratus dari tabung mak. Mu rasa cukup dak?" "Eh, tak tuh la mak." "Ka mak nak kuar seribu?Takut mu tak cukup nak urus semua. Kut kut mu nak cuti takda gaji." ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com