Hai Cik B, Susahnya nak tulis entri ni . Nak mengimbas semua kembali susah rupanya. Susah nak ubah rutin harian tanpa kamu Cik B, dulu aku fikir senang. 5 Jun, Seperti saat pagi Jumaat selepas Subuh kamu kelam kabut merayap atas ribaku tapi seperti biasa aku membebel. Dua tiga hari ini aku perasan engkau tak lalu makan, rupanya engkau cuma nak makan bila aku suap. Makin panjang aku bebel sebab bertambah pula kerja aku nak menyuap kamu. Itu Subuh terakhir dan kemudiannya kamu tidak keluar keluar lagi. Kamu tidak keluar lagi menggigit dan mengejar kakiku pada waktu pagi atau petang. Ianya bukan sesuatu yang aneh kerana ada harinya engkau tidak ada mood untuk keluar. Pernah engkau tidur seharian dan akhirnya kami menjumpai kamu masih tidur di bawah sofa di petang hari raya. Petang itu aku makan nasi kukus ayam berempah, seperti biasa aku simpan secarik dua ayam untuk kamu. Engkau paling suka ayam. Kamu masih tak keluar keluar. ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com