Sejak semalam baru saya perasan Dodol mengalami cirit-birit, mungkin beberapa hari kerana saya teringat sisanya yang agak lembik tetapi saya mengabaikannya. Tetapi semalam betul-betul saya perasan kerana Dodol comot selepas membuang hajat. Haru biru juga perasaan dibuatnya. Yalah anak kucing mana tahu bercakap dan tentulah salah saya kerana tidak memantaunya. Setakat ini yang saya tahu Dodol makan makanan yang dikhaskan untuk anak kucing dan tumpang sekaki makan makanan ibunya. Dek kerana itu saya melebihkan makanan anak kucing, pun begitu saya berasa bukan itu puncanya. Beberapa hari yang lalu saya ada merakam video untuk mengetahui selera Pandan. Ya tentu Dodol tumpang sekaki dan malam itu saya biarkan makanan tersebut dan keesokannya kesemua makanan hampir habis. Maka saya mengagak mungkin Dodol makan makanan yang tidak sesuai untuknya. Walaupun kesemua makanan kucing yang saya belikan bermutu dan baik pada pendapat saya kerana saya meneliti bungkusan dan bertanya merata akan t...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com