Kebelakangan ini semuanya terasa sempit, sesak dan rimas.Tekanan membunuh rasa bersyukur. Masalah peribadi menerpa, kerja di pejabat menimbun.Masa ini juga , ada isu dalam sistem.Nurindah mengeluh, kerjaya sebagai jurutera perisian memang antara bukan kerjaya isteri idaman.Siapa mahu isteri yang kerjanya tidak tentu, balik rumah pun kadang-kadang menatap komputer.Siapa mahu? Ah, mungkin kerana dia bujang jadi semua kerja ditugaskan untuknya. 'Kamu kan bujang, jika kamu balik awal pun buat apa?Macam kami ni dah kahwin, susah...banyak benda perlu diuruskan.Anak isteri perlu dijaga.' Rasa mahu ditampar saja suara yang berbunyi itu.Jika bujang ini hidupnya sangat mudah kenapa kamu tergedik sangat mahu kahwin dulu? Berontaknya dalam hati.Kalau kahwin sekadar mahu lari dari tanggungjawab,mana pergi keberkatan.Aneh pula ya bila syarikat mengadakan business trip ke luar negara, pandai pula menawarkan diri.Berbulan pun tak apa.Ke mana pergi anak isteri yang dijadikan isu du
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com