Prolog Nurindah menarik selimut, badannya seram sejuk. Emak masih mendiamkan diri.Apalah yang difikirkan emak, Nurindah tak berani meneka.Emak langsung tidak memandang wajahnya. "Jika emak tahu, emak tak akan benarkan." ********** Emak cuma baring, dah seminggu lebih emak tak mampu bergerak banyak. Ke bilik air bertongkat, solat duduk. Tidak memasak, bermain dengan cucu atau melakukan segala rutin hariannya hatta membebel sekalipun. Rumah menjadi sangat sunyi. Anak-anak menjadi risau. Sudah ke klinik dua kali, diberi ubat tak jalan, diberi suntikan juga tak jalan. Sakit lutut emak kali ini bukan main main. Dek kerana lepat ubi kayu, emak merana berminggu-minggu. Nurindah bingung, kalau sudah ke klinik kerajaan, klinik swasta pun sudah, mana lagi dia harus pergi. Nenek dan emak saudaranya memberitahu ada seorang doktor di Kuala Pegang, pakar sendi. Malah nenek yang pernah diserang Chikungunya juga sembuh selepas berjumpa dengan doktor
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com