Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 120 : Kaca Mata

Dia batuk. "Maaf cikgu, saya batuk tak dapat hadir ke kelas." "Dah berapa lama batuk tu?" "Dekat seminggu juga." "Cuba check takut takut terkena sihir."  Yang berkata itu mahir tentang perkara-perkara sihir, ilmu ghaib dan sewaktu dengannya.Tentulah itu yang difikirkan dahulu. Senyum.Sedikit orang itu tahu bahawa dia batuk seminggu tanpa mengambil sebarang ubatan. Dek takut makan ubat, maka dia tunggu dulu dengan minum air limau panas, ambil supplement . Sekarang pula musim jerebu. Mungkin dia terkena sihir atau mungkin dia sakit disebabkan jerebu. Sangat berbeza tu! Dari kaca mata pengamal perubatan roh , kemungkinan disihir, diganggu jin atau dicintai jin. Pergilah klinik mana pun, buatlah pembedahan banyak mana pun jika tidak dibuang boleh bawa mudarat! Dari kaca mata doktor, kebanyakan yang sakit kerana jerebu, minum air tak cukup dan makan tak jaga.Doktor membebel, makan suka hati malas senaman kemudian salahkan jin pula!

Entri 119 : Aidiladha 1440

Tahun ini dia berkeras. Mahu buat korban di rumah kampungnya. Belum pernah lagi halaman belakang rumah itu dibasahi darah korban.Belum. Ini pertama kali. Kerana sebelum ini dia cuma masuk bahagian korban saudara-mara ataupun tahun lepas korban melalui online . Kali ini awal-awal lagi dia sudah berbincang dengan adiknya. "Tak kira, Along nak tempah dulu seekor lembu untuk korban, kalau ada orang lain nak masuk bahagian kira alhamdulillah. Tapi yang penting tahun ini kita buat korban kat rumah kita." Bunyi macam senang cari lembu, cari peserta.Dengan rahmat Allah, adik beradik berusaha mencari lembu dan peserta.Along cuma telefon dari KL nak lembu bunyi macam beli daging di pasar.Yang meraba mencari adalah mereka di kampung. "Korban memanglah sunat muakad tetapi ianya syiar Aidil Adha. Hari tasyrik diperuntukkan banyak hari untuk memudahkan kita menunaikan korban bukan semata-mata ibadah haji. Korban di tanah sendiri lebih baik , tetapi korban di tanah or

Entri 118 : Gagal

2 Ogos 2019 (Jumaat) Adik-adik kesayangan Along, Along gagal lagi. Mungkin susah untuk adik nak percaya yang Along selalu gagal. Yang selalu adik nampak; Along yang selalu cakap pandai, yang selalu naik pentas ambil hadiah. Yang adik tak nampak, Along yang pernah kena jalan itik sebab gagal Matematik Along yang asyik mengulang walaupun belajar siang malam Along yang masih lagi dapat D walaupun mengulang Along yang gagal berkali-berkali nyaris ditendang universiti Along yang menangis tengah-tengah malam sebab penat Dan Along gagal lagi. Along sudah biasa hadap ayat-ayat , 'alaaa... belajar main-main la tu.' Bisanya hanya Allah saja tahu bila Along tahu Along buat latihan tiap-tiap hari. Memang Along bukan selalu rajin tapi Along bukan pemalas. Along tebalkan muka kenal dengan orang bijak-bijak dari kelas lain semata-mata nak belajar. Along hantar esei hampir hari-hari dekat Cikgu B.I walaupun tak ada kerja sekolah. Along berkurung berhari-hari belajar. Along ga

Entri 117 : Gunung

Hati itu seperti bulu burung Mudah melayang dan tidak tetap Ringan berubah tempat Apalagi bila ditiup angin dunia Jauh boleh melayang Yang berat itu Quran Beratnya sehingga gunung pun tak sanggup Letakkannya di atas hati Moga-moga yang berbolak balik itu tetap di tempatnya. Seperti gunung ganang yang menjadi pasak bumi Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan - 27 :88 Empangan Hulu Selangor di tengah hari

Entri 116 : Tosai

Selepas puasa, sudah banyak hari dia teringin nak makan tosai. "Dosa." "Tosai." Kawannya dari India membetulkan sebutannya bukan tosai tapi dosa.  Tapi, tapi dosa itu bunyinya agak ralat bila nak memesan. "Boss, dosa satu!" Pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Nawaitunya sudah diset dari semalam, esok pagi sarapan mesti tosai. Sedapnya bila dibayangkan lempeng nipis yang masam masam sedikit dicicah dengan kuah kelapa campur yogurt dan sedikit rasa pudina. Lama betul tak makan, asyik bantai roti canai dan roti bom sahaja. Saat dia keluar dari stesen LRT Ampang Park, wahh banyaknya orang jual sarapan. Selalunya dia agak lewat jadi banyak gerai-gerai kecil sudah tutup.Dia jarang beli pun.  Kalau ada sesiapa perasan ada sepasang suami isteri yang jual nasi lemak dan nasi biasa berdekatan esklator digelar  'makcik tangga'. Nasi lemak dan lauk pauknya sedap dan banyak, sehingga boleh dikongsi lagi dengan kawan-kawan. Murah pula tu. Ma

Entri 115 : Kad kredit hilang

"Nak balik kampung naik bas ke naik kereta bas ke kereta bas ke kereta bas ke ?" Dilema. Balik dengan kereta mahal banyak, penat sedikit dan bosan sebab pandu seorang diri. Tak ada geng buat membawang dalam kereta di kala pemandu lain  acah-acah samseng atau diri sendiri menjadi samseng. Balik dengan bas tak penat, murah banyak tetapi kurang fleksibel. Tak boleh berhenti dekat RnR sesuka hati dan tiada istilah 'ambillah masa manis kamu sebanyak mungkin'. Jika dia memilih untuk balik kampung dengan kereta maka dia cuma ada esok hari untuk servis kereta dan semestinya kos servis tak dijamin murah juga. "Nak balik kampung naik bas ke naik kereta bas ke kereta bas ke kereta bas ke?" Lupakan keretapi kerana karutlah jika tiket masih ada jika dibeli saat akhir. Jika dapat beli dua minggu sebelum pun dikira bernasib baik. Semua orang suka naik keretapi walaupun mahal sebab cepat. Tiket ETS sangat laku keras. Semalaman dia masih berkira-kira dan akhirn

Entri 114 :Masalah besar

"Ya Allah, macam ni. Masalah besar, masalah besar." Rifaie menangis.Tersedu-sedu. "Apa yang besar sangat masalah tu?" Mama long keluar dari dapur. "Tu" .Rifaie menuding ke arah kapal terbang kertas yang tersangkut di tiang ruang tamu. Oh, besar sungguh masalahmu. Mama long mengikat kain ketat ketat kemudian memanjat tingkap dan mencapai kapal terbang kertas. Nah. "Terima kasih" . Rifaie mengesat air di penjuru mata dan cepat cepat sambung main. Mama long menggeleng. Masalah besar bagi anak berumur dua tahun berbeza dengan masalah besar bagi remaja. Masalah ibu bapa dalam satu keluarga berbeza dari satu keluarga yang lain. Masalah wanita di satu negara, berbeza dengan negara yang lain. Sama juga dengan lelaki. Di satu sudut wall facebook , mungkin ada gadis yang merintih sebab jodoh dia tak datang lagi. Di satu sudut wall, mungkin ada isteri yang merintih dianiaya suami. Di satu sudut mungkin ada ibu yang kesedihan anak-ana