Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 149: Cik Biru Nilam

Hai Cik B, Susahnya nak tulis entri ni . Nak mengimbas semua kembali susah rupanya. Susah nak ubah rutin harian tanpa kamu  Cik B, dulu aku fikir senang. 5 Jun,  Seperti saat pagi Jumaat selepas Subuh kamu kelam kabut merayap atas  ribaku  tapi seperti biasa aku membebel. Dua tiga hari ini  aku perasan engkau tak lalu makan, rupanya engkau cuma nak makan bila aku suap. Makin panjang aku bebel sebab bertambah pula kerja aku nak menyuap kamu. Itu Subuh terakhir dan kemudiannya kamu tidak keluar keluar lagi. Kamu tidak keluar lagi menggigit dan mengejar kakiku pada waktu pagi atau petang. Ianya bukan sesuatu yang aneh kerana ada harinya engkau tidak ada mood untuk keluar. Pernah engkau tidur seharian dan  akhirnya kami menjumpai kamu masih tidur di bawah sofa di petang hari raya. Petang itu aku makan nasi kukus ayam berempah, seperti biasa aku simpan secarik dua ayam untuk kamu. Engkau paling suka ayam. Kamu masih tak keluar keluar. Aku faham sebab selama ini ka

Entri 148 : Saya belajar ...

Dalam entri yang lalu saya cuba memulakan entri dengan ayat , "Hari ini saya perasan..." Seperti ada sesuatu yang tak kena, mungkin percubaan saya menterjemah ayat berikut gagal. "Today I noticed ..."  Mungkin beberapa pendapat mengatakan bahawa Bahasa Inggeris lebih sesuai untuk perbincangan dan perdebatan kerana ianya tidak berbunyi kasar. Mulanya saya bersetuju kerana saya menggunakan Inggeris untuk bertutur di pejabat, perbincangan malah apabila saya naik darah mod bahasa saya bertukar ke bahasa Inggeris untuk memaki. Mungkin kerana bunyinya macam tak marah tapi sebenarnya marah.  Akan tetapi adalah tidak adil untuk menyamaratakan kerana sifat saya yang sangat blunt ini, saya sentiasa berbunyi seperti mahu bergaduh tidak marah. Mungkin darah saya sedikit panas. Saya jarang menggunakannya Bahasa Melayu untuk berdebat, berbincang. Jarang.Mungkin perbincangan dan perdebatan juga jarang berlaku dalam keluarga.Adalah tidak adil untuk menghakimi baha

Entri 147 : Syawal 1441

Emak membebel, seperti biasa dialah yang paling awal bangun. Pukul tiga pagi. Anaknya yang paling awal pun boleh bangun pukul lima, itupun kadang kadang pukul 6 pagi. Emak adalah sejenis yang tidur awal lepas tu bangun awal. Dia tidur sebelum Isya kemudian bangun solat dan baca quran lepas tu memasak. Awal dan kalutnya kadang kadang tak boleh bawa berbincang lebih lebih lagi di musim perayaaan. Perkara-perkara penting yang anak anak wajib buat supaya emosi emak stabil sepanjang raya ialah :  ☑ Daun palas untuk ketupat mesti dah siap dicucuk. Nanti senang nak letak pulut. ☑ Bangun awal dan keluar seawal jam 7 untuk beli ayam khusus di Ayam Lan. Kalau lambat habis dan kalau habis boleh beli dekat market tapi tadahlah telinga sepanjang raya dan berdoalah supaya rasa ayam market tu tak mencemari rasa rendang dan kuah nasi impit. Cerewet lidah emak tak boleh tahan kadang-kadang tak boleh dibawa berbincang. ☑ Goreng kacang siap siap untuk kuah nasi himpit jangan sampai hangit.

Entri 146 : Saya perasan

15052020 Hari ini cubalah mula menulis dengan perkataan , 'Hari ini saya perasan...' Hari ini saya perasan sudah dua tiga hari saya tidur lewat sebab tak boleh tidur. Simptom PMS barang kali. Setiap tahun begitulah polanya, awal Ramadhan dan hujung Ramadhan saya tidak dapat berpuasa dek aktiviti penyelenggaraan badan yang berlaku setiap bulan. Saya rasa emosi terganggu, tiba tiba rasa sedih macam nak menangis. Bila diteliti rupanya bulan merah mengambang. Saya terfikir, jikalah setiap kali bulan merah begini kejadiannya bagaimana pula kalau mengandung? Tentulah emosi lagi tidak menentu. Bukan senang rupanya kalau Allah sudah cipta roh kita dalam badan yang bertanggungjawab untuk melahirkan manusia. Walaupun belum tentu berpeluang untuk beranak, penyelenggaraan bulanan  berjalan seperti biasa. Saya memikirkan dalam keadaan emosi yang ke Laut Cina Selatan ini, Allah memberi saya kelepasan untuk tidak berpuasa, solat ataupun membaca alQuran. Seperti Alla

Entri 145: Sejarah

"Errkk.. tak minat lah sejarah." "Ngantuk." "Tak suka baca." "Tak suka hafal." Itulah rungutan masa belajar, malah bila dah besar panjang masih ramai tak minat sejarah. Tapi sejarah orang lain minat pula. Menggeleng kepala bila sejarawan, arkeologis dan para ilmuwan bila melihat tinggalan sejarah bumi ini dikaji tanpa jemu oleh orang asing. Bangsa yang tidak mengenali dan memahami sejarahnya adalah bangsa yang tidur. Bangsa yang sudah dicuci-otaknya mungkin. Supaya mereka sentiasa berfikiran miskin, pemalas dan tidak mampu. Supaya sentiasa mengagung melihat orang lain tapi memperlekeh diri sendiri.  Perhatikan dengan mata hati, ada sekarang negara yang rakyatnya dicuci-otaknya? Sehingga menyangka pemimpin mereka tidak pernah berak dan patut disembah? Siapa kata sistem mencuci-otak tidak berkesan. Ianya sudah lama diguna pakai ribuan tahun lampau. Periksa balik buku Sejarah yang menjemukan itu. Baca deng

Entri 144 : Hikayat Orang Kaya Tak Boleh Tidur

Benar sekali.Dalam semua masalah, masalah inilah yang menimpa Orang Kaya. Bila malam menjelma, Orang Kaya masih terkial kial memejam mata. Cemburu dia melihat anak-anak dan isteri tidur, hatta tergolek jatuh katil sekalipun tak sedar. Maka mencari-carilah Orang Kaya ini petua untuk tidur lena, bukan tidur-tidur ayam. Badan letih tapi tak boleh tidur. Didesaknya si isteri dan anak-anak menekan Google , scroll Facebook dan mencari petua petua di segenap alam maya yang membolehkan Orang Kaya tidur seperti orang lain. "Cubalah bersedekah" Cadang isterinya. Muka Orang Kaya merah menyala. "Bukankah aku sudah bersedekah banyak, lihat ada Youtube channel lagi semata mata untuk bersedekah."Marahnya. "Tapi bang, tu meriyak bang!" "Amboi, asal yang kau nampak tu riak aku la yer." Bengang si Orang Kaya ini. Itulah manusia ; bila kita sedekah diam diam tak ada siapa tahu  kata kedekut. Bila buat heboh heboh kata riak pula. Memang Orang Kaya su

Entri 143 : Hari yang 38 kan?

Sedar tak sedar masa berlalu, lebih dari suku daripada 2020. Esok lusa Ramadhan. Pastinya puasa kali ini langsung tidak sama seperti puasa sebelum sebelumnya. Di era 2020 ini tiada kereta terbang. Dia tidak berharap kewujudan kereta terbang, cukuplah dengan kapal terbang, helikopter, dron dan benda-benda lain yang berterbangan. Semasa mula mula menyambut tahun baru, dia tertanya-tanya sendiri. Mana gol dan pelan tahun ini? Dirinya memaki, 'Apa nak jadi dengan kamu ini?' Rupanya seperti insan insan lain di dalam dunia, tahun 2020 adalah tahun dipaksa belajar. Hari yang pertama Anda unik , tidak ada sesiapa seperti anda. Orang lain juga unik, tidak ada sesiapa seperti orang lain. Jadi masihkah kita ini dikira unik? Mempertikaikan tentang keunikan jelas sekali membuang masa di dunia yang masing masing serba unik ini. Hari yang ke-dua Kemampuan untuk hidup seadanya. Boleh bangun pagi, boleh berbual dengan keluarga, boleh bermesra dengan kawan, berjalan ke sana sini.