Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 218 : Anak Pandan Mati

26 Februari 2022, Sabtu Pada waktu anda membaca tulisan ini, sudah tiga ekor anak Pandan mati. Jumlah anak Pandan ialah empat ekor. Yang bongsu mati lemas air ketuban pada hari kelahiran 23 hb, yang kedua mati semalam dan yang ketiga ini mati sejurus dari balik klinik. Semalam setelah pulang dari vet, saya terus menyusukan yang ketiga ini. Pagi tadi saya monitor dan memberinya susu setitik dua. Kemudian dalam pukul sebelas saya memeriksa badannya, suhunya turun. Masih hidup maka saya bergegas membawanya ke vet.  Kali ini saya bawa Pandan dan seekor lagi anaknya kerana saya mahu tahu keadaan semuanya. Semalam saya tak sempat membawa kesemua kerana yang seekor itu sudah hampir keras. Apabila saya ke klinik saya ditahan oleh staf dan ditanya tentang appointment. Memang saya tak buat appointment kerana kes kecemasan dan saya tak merancang pun untuk ke klinik hari ini. Saya cemas apabila yang ketiga ini sepatutnya sihat tetapi lemah dan makin selalu menjauhi ibunya. Maka apabila memeriksa d

Entri 217 : Pandan Nak Bersalin

Selasa 22 Februari 2022  Pandan tidak kelihatan di bilik saya seperti kebiasaannya malah tidak datang apabila saya memanggil.Selalunya apabila terjaga saya akan mendapati dia akan tersidai memerhatikan saya dan jika dia tidak berada di bilik dia akan segera datang apabila saya memanggil. Pandan bukan seekor kucing yang vokal. Dia sangat jarang mengiau, malah pernah saya terlampau leka bekerja sehingga terlupa pinggan dan bekas airnya kosong, dia tidak mengiau. Cuma akan menunggu atau menggeselkan badan atau mukanya ke saya. Itu yang membuatkan saya sedikit risau jika dia hilang dari pandangan. Saya mula mencari akhirnya saya dapati Pandan di balkoni, di atas rak baju yang tinggi. Saya tahu dia tak berani turun. Malah sebelum ini saya yang terpaksa mengambilnya. Melihat muka Pandan saja saya tahu dia kelaparan kerana berada di situ semalaman. Jadi saya terpaksa memanjat untuk mengambilnya. Setelah Subuh saya menghabiskan beberapa minit di sejadah. Pandan waktu ini sudah kenyang, dia aka

Entri 216 : Pandan mengandung?

Semalam seharian duti aku penuh. Pada mulanya aku berangan hendak mengedit video di pagi hari akan tetapi dikejutkan dengan tompokan cecair kuning di lantai dapur. Apa lagi, habis satu dapur aku cuci. Aku tak berani nak buat spot cleaning disebabkan was-was dengan deria bau.  Deria bau manusia tak sama dengan deria bau haiwan. Bau adalah segala-galanya bagi haiwan. Kita rasa dah tak ada bau tetapi bagi kucing mungkin ada. Maka hampir sebungkus sodium bikarbonat aku campurkan bersama LOC Multipurpose. Sodium bikarbonat paling sesuai untuk membersih dan meneutralkan bau. Malah aku selalu mencampurkan sedikit sodium bikarbonat ke dalam mesin basuh apabila aku membasuh kain buruk atau baju-baju yang berbau. Aku sudah tidak menggunakan antiseptik dan peluntur kerana Cik Pandan pernah kencing di tempat yang aku baru cuci. Maka dari situ aku belajar bahawa kalau hendak membersihkan najis kucing jangan guna pencuci sembarangan. Ada bahan kimia tak silap aku ammonia yang terdapat dalam bahan

Entri 215 : Adik pergi umrah

Alhamdulillah, adik aku selamat berlepas pada 7hb Jan 2022 pada pukul 2.45 pagi ke Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah sebab itu adalah penerbangan terakhir sebelum larangan untuk ke luar negeri berkuat kuasa dek kerana Covid Omicron yang mengganas. Syukur sebab mereka selamat berlepas setelah beberapa tahun hajat hendak berumrah terpaksa ditunda. Mereka sebenarnya merancang hendak ke Tanah Suci selepas menikah tetapi terpaksa ditangguhkan kerana adik ipar dipanggil bertugas.  Kemudian tertangguh lagi dek Covid. Begitulah siri penangguhan satu demi satu sehingga sekarang Allah menentukan waktu ini sesuai untuk mereka. Jadi kepada mereka yang bersedih kerana hasrat tak capai jangan terlampau bersedih sangat kerana Allah paling tahu bila waktu yang sesuai untuk memberi. Mungkin waktu itu tidak sesuai pada pandangan manusia. Tetapi apalah sangat pandangan manusia jika yang mengurniakan itu Allah Pencipta sekelian alam. Fikir yang baik-baik saja.

Entri 214 : Hadiah

 Hujung minggu ini aku sibuk membeli belah. Bukan untuk aku tetapi untuk orang. Ada seorang sahabat akan bertukar pekerjaan. Ketika menghadiri majlis perpisahan dia menghadiahkan kami beberapa jenis barang. Aku mendapat mandian Body Shop dan cecair pencuci tangan Bath & Body Works; yang kalau difikirkan untuk aku beli untuk diri sendiri tu rasanya tidak. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku mandi menggunakan mandian Body Shop. Terharu bila orang yang bukan jenis manis mulut ini menghadiahkan teman-temannya hadiah. Mahal pula tu. Kalau satu hadiah hampir seratus nilainya bayangkan pula kalau sepuluh orang. Sedangkan majlis perpisahan tersebut untuk dirinya.  Memang aku terfikir untuk membelikan hadiah untuknya. Sudah menjadi rutin ku setiap kali ada kelahiran, perkahwinan Inshaa Allah aku akan cuba luangkan masa untuk mengumpul rakan-rakan dan membeli hadiah. Hadiah harijadi mungkin jarang tetapi kalau acara-acara begini memang aku selalu belikan. Penat juga kalau hari jadi pun

Entri 213 : Hujan dan Emosi

Beberapa hari kebelakangan ni aku tidur lepas Subuh. Malam walaupun terbaring atas katil pukul 9 malam tapi tak boleh tidur. Insomnia. Padahal sebelum-sebelum ni bukanlah aku jenis tidur lepas Subuh. Selalunya kalau tidur lepas Subuh ni apabila terlalu penat contohnya balik dari kampung dan sebagainya. Entah mungkin kerana ubat atau penat, aku tak berapa pasti. Tetapi aku sedar aku memang dilanda kemalasan kebelakangan ini. Beberapa hari juga tidak turun morning walk , mungkin sebab ada Bubu dekat rumah dan mungkin juga kerana hujan tak berhenti. Awan gelap sentiasa. Rumah aku berhampiran dengan bukit jadi sejuknya lain macam. Terasa seperti di Cameron Highland. Menggigil juga nak berwudhu di waktu pagi. Entah kenapa semuanya terasa suram. Aku terfikir bagaimanalah mereka yang dilanda banjir. Tak terbayangkan? Sedang aku masih bermalasan-malasan boleh memilih samada mahu mandi atau tidak. Kita semua diuji. Bila banjir, yang dilanda banjir diuji. Yang membantu juga diuji. Aku juga diuj

Entri 212 : Cik Pandan Mengawan

Cik Pandan miang, sudah dua tiga kali kitarannya aku cuba abaikan. Tetapi rasa kasihan pula sebab Cik Pandan betul-betul macam sakit. Ketika pertama kali kejadian, aku panik dan bawa Cik Pandan jumpa doktor tapi doktor kata kucing aku sihat. Rupanya begitu bila kucing miang. Memang dah tak ada rupa comel dah. Makan minum entah ke mana. Maka aku pun terpaksa memulakan misi mencari calon menantu. Bukan senang rupanya. Setelah beberapa lama, jumpalah satu baka yang kelihatan sekufu seperti Cik Pandan. Program bertaaruf berjalan lancar, malam tu juga aku bawa balik menantu. Bermulalah drama perang suami isteri. Dek marah Cik Pandan tak sengaja tercakar muka aku. Darah menitis terkejut aku. Mujurlah aku pakai kaca mata pada waktu tersebut. Tak apalah demi sayang aku redha saja. Keesokan paginya bermulalah episod mencuci. Kucing jantan tentulah tabiatnya yang menyembur dan Cik Pandan ni bila ketakutan sudah tak pandai nak menggunakan kotak pasir. Aku cuci dengan sabar lagi dan menyusun strat