Ada nasihat mengatakan perhatikan mereka di sekeliling kamu, itulah kamu. Saya tidak terfikir ianya dengan begitu mendalam sehingga suatu ketika ianya masuk akal. Saya fikir apa salahnya berkawan ramai-ramai selagi kita tidak terpengaruh. Saya fikir, bukan salah kawan tetapi salah diri sebab mudah terpengaruh. Jadi seperti orang lain, kita akan membiarkan diri kita dikelilingi sesiapa sahaja kerana menyangka diri kita kuat. Kita fikir kita kuat untuk berkata TIDAK . Akan tetapi menolak perkara-perkara yang jelas salah sangat senang berbanding untuk melindungi hati dan perasaan kita. Kita mungkin tidak terpengaruh dengan ajakan tetapi ada kawan-kawan yang membuatkan kita rasa rendah diri. Membuatkan kita tidak bijak, tidak pandai dan tidak berkemahiran dan malang lagi membuatkan kita berhenti untuk menjadi lebih mahir atau lebih baik. Kadang-kadang disebabkan berkawan dengan mereka, secara tidak sedar kita membasuh otak kita dan memberitahu diri kita, "Yalah, betullah tak guna bu
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com