Saya memelihara Pandan sejak bulan Ogos yang lalu, mungkin lebih tepat 25 Ogos. Untuk pengetahuan, saya tidak pernah memelihara kucing sepanjang saya menyewa rumah. Saya tidak berpengalaman membela kucing dalam rumah dan saya tidak terfikir pun saya akan memiliki kucing. Melihat segelintir rumah orang yang memelihara kucing yang kadangkala kotor dan berbau membuatkan saya tidak berminat untuk memelihara kucing kerana menyangka kucing adalah penyebabnya. Namun saya fikir Pandan dihantar kepada saya untuk mengajar saya bahawa bersih dan kotor bukan terletak pada haiwan tetapi pada manusia. Saya percaya kucing dan kebanyakan haiwan mempunyai fitrah yang bersih. Tetapi dek kerana penjajahan manusia; haiwan menjadi keliru. Seperti mana orang kampung yang biasa menggunakan tandas duduk keliru dengan tandas di negara Jepun begitu juga haiwan keliru dengan susun atur pembandaran/rumah manusia.Manusia pula boleh memilih untuk menjadi pengotor atau pembersih; jadi jika haiwan-haiwan i...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com