Hari ni 25 hb Mac 2022, genaplah umur Dodol 30 hari. Dodol dilahirkan pada 23 hb Feb 2022. Gemuk gedempol benar dia, bila tengok rasa nak peluk kuat-kuat tetapi takut kerana badannya masih lembik. Dia berjalan dengan perutnya yang buncit, terkial-kial mengheret kaki atas lantai yang licin. Pandan pula sudah mula merenyam. Aduh, anak baru cukup sebulan ibu sudah mahu mencari jantan. Itulah kucing. Besok inshaaAllah nak bawa mereka ini ke vet dan lihat pendapat doktor. Dua tiga hari ni baru berasa lega sebab tak perlu pindah rumah. Berdoa supaya dapat kekal lama di rumah ni. InshaaAllah saya akan bercerita tentang rumah di lain entri. Sebenarnya untuk entri kali ini saya hendak bercerita tentang semalam. Semalam saya berpuasa, semalam juga kami ada kursus sehingga pukul 8 malam. Jadi saya cuma berbuka dengan segelas air. Selepas Maghrib saya bergegas ke dapur, potong sedikit Wheatgrass yang saya beli untuk Pandan. Dalam hati berangan nak makan jemput-jemput. Jadi saya pu...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com