Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 0 : Penulis sakit mata

 Saya sakit mata dan memutuskan untuk bercuti dari pekerjaan harian. "I hope you will get better soon. I wonder what you were watching." Mesej rakan berasal dari Mexico. Nampaknya kepercayaan seseorang itu sakit mata atau ketumbit dek kerana melihat sesuatu seperti mengintai orang mandi bukan sahaja di Malaysia. Mesejnya menceriakan hari saya, saya membalasnya. I know ;-) . That's why I am buying her flower. To say sorry for what I saw previously. Saya hadiahkan bunga matahari untuk mata saya. Alhamdulillah Salam muhibbah. Semoga tulisan saya menceriakan hari anda xoxo.

Entri 195 : Tulis

Tulislah mimpi nanti jadi kenyataan Tak mahu, takut-takut nanti hangat-hangat tahi ayam Kasihan Saat mereka yang lain, terkurung dan terikat kaki tangan masih lagi menulis Sedang kamu ada tangan, ada pensil dan kertas Tidak menulis kerana ketakutan pada diri sendiri Kasihan Mimpi kamu tidak tertulis kerana kamu sendiri

Entri 194 : Suamiku Berhantu

 "Kasihan Shima. Kerja sampai lewat malam lepas tu balik nak menguruskan anak. Suami tak nak tolong langsung you ." Nora mengadu pada Yati. Dia mencapai kek pisang dan mengunyah perlahan. Kek pisang dan teh panas, hui terangkat. Yati memang suka menjamu orang makan. Kalau duduk dengan Yati lama-lama boleh jadi gemuk. Yati cuma mengangkat kening, dia kenal Shima. Selalu bercerita masalah rumah tangganya pada Nora. Nora memang pendengar yang baik dan dia juga memang senang menunjukkan simpati. Mungkin kerana itu Shima suka bercerita dengannya. "Biarkanlah jangan dilayan sangat cerita rumah tangga orang." Nasihat Yati sambil menyambung menaip. Ada beberapa nota yang perlu disiapkan. " I takut dia stress nanti  mental illness sebab tu I dengar." tukas Nora, teh panas diteguknya. "Susah betul nak dapat suami baik sekarang ni. You bayangkan dia balik lewat kerja kemudian terpaksa bangun pukul tiga pagi nak menguruskan suami dan anak-anak.  Eh you tak kas

Entri 193 : Parasit

 "Kau ingat kau mulia sangat nak pilih-pilih kawan?" Antara komen dengan seorang rakan apabila kami berbual tentang perkara-perkara melibatkan motivasi, orang positif dan orang negatif, juga tentang nasihat menjauhi manusia-manusia toksid, negatif. Ianya sebenarnya agak sukar kerana hidup ini bukan hitam putih, manusia bukan tentang 100% jahat atau baik dan kadang-kadang nasihat begini selalu mengundang lebih banyak kontroversi kerana salah anggap. "Tentu ada sebab mengapa kita dinasihatkan menjauhi manusia-manusia yang bersifat buruk. " Seperti kita hendak menyimpan sayur, kita kena potong bahagian-bahagian yang lembik dan buruk dahulu. Kalau tidak sayur segar yang disimpan bersama turut lembik. "Alaa...bergantung kepada diri sendiri, kalau diri sendiri kuat tak kisahlah kawan baik kan buruk tentu tak terperngaruh." Komen tersebut masuk akal juga jika difikirkan. "Hummm... jika hendak mencari calon suami apa kriteria yang anda mahu?" Diam. &quo

Entri 192 : Pelampung

 "Hei Nur, kamu tahukah cerita tentang konflik di Tebing Barat yang berlaku baru-baru ini?" Mesej Fabian beberapa hari yang lalu masih tidak terjawab. Fabian, pelajar di Kolej King berhampiran mengajaknya berjumpa pagi ini. "Aku ke sana nanti, bolehlah aku bawa kamu bersiar-siar di sekitar Hampstead Heath Park." kata Fabian bila mengetahui Nurindah menginap di London selama dua minggu. Nurindah memasukkan sebuah buku tebal bersama-sama sebotol air kosong ke dalam beg kulit yang berwarna coklat lusuh. Pertanyaan Fabian masih bergelumang di benaknya. Semalaman dia tidak lena tidur dan pagi ini dia bangun awal kerana mereka sudah berjanji untuk berjumpa di Masjid dan Pusat Islam Brent. Pagi Sabtu yang cerah, bilik Maria masih lagi gelap saat dia membuka pintu untuk keluar. Mungkin tuan rumahnya itu masih lagi tidur. Dia menghembus tapak tangan dan menggosoknya berulang kali. Musim panas di London tidak berupaya menghangatkan tubuhnya. Dia membayangkan dirinya seperti l

Entri 191 : Entiti

 Dia sedar siapa dirinya namun dia sudah nekad. Dia mesti menghubungi Doktor Azrin walau apa cabaran sekalipun kerana ada jiwa suci yang perlu diselamatkan. Segalanya bermula beberapa bulan yang lalu saat Siti Nurbaya singgah bercuti di rumahnya.  "Indah, rumah kamu ni keraslah. Semalam aku terdengar suara ketawa dari bilikmu." Nurbaya memberitahu dan dengan pantas dia menafikan. "Aku tidak pernah dengar atau lihat apa-apa yang pelik. Jangan cuba-cuba takutkan aku." Dia memberi amaran, siapa tidak kenal sepupunya Nurbaya mulut puaka.  Nurbaya ialah anak Pak Tua yang dikenali alim dan pakar dalam ilmu-ilmu mistik. Nurbaya selalu melawat Indah namun jarang sekali Indah ke rumah Pak Tua. "Bukan aku tak mahu melawat Pak Tua tapi rumah kau tu sunyi. Sudahlah sunyi dalam hutan pula tu. Seram weh." Begitu jawapan Indah separuh bergurau. Sebenarnya dia kurang selesa kerana Pak Tua selalu berbual tentang perkara-perkara seram seperti dunia luar, makhluk pelik dan s

Entri 190 : Pak Min

"Assalamualaikum Pak Min. Selamat Hari Raya, kerja lagi hari ni?" tegur Pak Tam, Mak Utih yang mengekorinya bergeseran lengan. "Tengah buat kerja la ni." Pak Min menjawab dengan riang sambil menyapu lantai yang dipenuhi sisa makanan semalam. Pak Min dikenali dengan kerajinannya walaupun baru saja berpindah ke taman aqua ini. Pantang nampak sampah, semua nak disapu.  "Uii... tak penat ke kerja tiap-tiap hari. Tak bergaji pula tu." Mak Utih menyampuk. "Nak buat macam mana takdir. Lagi pun kerja mencuci ni kerja yang takkan pernah berhenti sampai mati sebab semua makhluk suka perkara bersih. Yang pengotor pun suka bersih."jawab Pak Min sambil menyapu pasir, lobak yang tersangkut dikoreknya dengan teliti. "Ehh... ehh bang cepat. Tu makanan dah sampai." Mak Utih menerpa ke arah makanan. Pak Tam juga menurut laju. Sempat Pak Tam berpaling, "Pak Min cepatlah! Nanti makanan habis ditelan Mak Utih." Pak Min menggeleng,"Tak apa, ak