Langkau ke kandungan utama

Entri 193 : Parasit

 "Kau ingat kau mulia sangat nak pilih-pilih kawan?"

Antara komen dengan seorang rakan apabila kami berbual tentang perkara-perkara melibatkan motivasi, orang positif dan orang negatif, juga tentang nasihat menjauhi manusia-manusia toksid, negatif.

Ianya sebenarnya agak sukar kerana hidup ini bukan hitam putih, manusia bukan tentang 100% jahat atau baik dan kadang-kadang nasihat begini selalu mengundang lebih banyak kontroversi kerana salah anggap.

"Tentu ada sebab mengapa kita dinasihatkan menjauhi manusia-manusia yang bersifat buruk. "

Seperti kita hendak menyimpan sayur, kita kena potong bahagian-bahagian yang lembik dan buruk dahulu. Kalau tidak sayur segar yang disimpan bersama turut lembik.

"Alaa...bergantung kepada diri sendiri, kalau diri sendiri kuat tak kisahlah kawan baik kan buruk tentu tak terperngaruh." Komen tersebut masuk akal juga jika difikirkan.

"Hummm... jika hendak mencari calon suami apa kriteria yang anda mahu?"

Diam.

"Lihat, fitrah manusia kita akan mencari yang terbaik. "

Setiap orang mahu didampingi dengan orang yang baik cuma malangnya kita berharap orang yang baik itu menerima kita seadanya sedang kita sendiri tidak mahu berubah menjadi lebih baik. 

"Kita sedang menzalimi rakan-rakan kita yang baik apabila mahu berkawan dengan mereka tetapi tidak mahu berusaha berubah ke arah yang lebih baik. Seperti membuang masa menunggu kawan yang mengambil mudah tentang masa. Kalaupun kita menepati masa, menunggunya 30 minit setiap hari akan membuang 182 jam setahun."

Apabila disuruh memilih kawan yang baik ianya bukan  tentang kawan-kawan kita. Ianya lebih merujuk kepada diri kita sendiri. Perhatikan dalam lumrah hidup, orang yang baik tidak akan dapat kekal dalam golongan yang tidak baik. Pengakhiran cuma ada dua, samada mereka pergi meninggalkan kita atau mereka berubah menjadi kurang baik tanpa kita sedar. Kita cuma menjadi lebih baik bila kita yang merubah diri kita bukan bergantung pada kebaikan orang lain.

Perhatikan kisah pasangan yang dikatakan saling melengkapi ini.

Ali seorang yang pengotor berkahwin dengan Amira seorang pembersih. Mungkin kita akan berasa ini pasangan sepadan kerana melengkapi antara sesuatu sama lain. Akan tetapi sifat pengotor tidak akan pernah menyempurnakan sifat bersih. Jika kotoran terpalit di pinggan yang bersih, ianya dikira kotor.

Ali hanya akan menjadi pembersih apabila dia sendiri berubah menjadi pembersih. Jika dia tidak mahu berubah, kemungkinan yang berlaku cuma ada dua; Amirah berubah menjadi pengotor atau Amirah akan meninggalkannya.

"Kalau Amirah kuat dia takkan terpengaruh dengan Ali kan?"

"Kalau Amirah kuat, dia akan meninggalkan Ali. Dia cuma boleh jadi pembersih apabila Ali menjadi pembersih."

Lihat, bayangkan rutin sehari-hari Ali bersama Amirah. Ali malas mandi berbau busuk sedang Amirah mandi dan berwangi-wangian. Bolehkah Amirah bertahan? 

Amirah boleh mandikan Ali jika Ali malas tetapi sampai bila? Ali tidak mengemas rumah, bersepah, tidak membasuh pinggan atau mencuci. Semua tugas itu dilakukan oleh Amirah, sebelum ini Amirah mencuci pinggan hanya untuk dirinya kali ini berganda. Sebelum ini dia mencuci bilik air yang digunakan oleh dirinya tapi kali ini bilik mandi tersebut juga digunakan Ali. Skop kerja Amirah bertambah, dia melakukan dua kali ganda kerja yang sama setiap hari.

Bayangkan Amirah mengandung? Selama ini dia menjaga dua orang, Ali dan dirinya dan sekarang ini bertambah lagi seorang. Amirah terpaksa menghadap tabiat Ali meninggalkan pinggan kotor di atas sinki, melonggokkan pakaian kotor merata-merata setiap hari. Manusia akan penat, menguruskan diri kita sendiri pun sudah penat apatah lagi menguruskan orang lain. 

Apa akan terjadi jika Ali tidak mahu berubah dan Amira keletihan? Amira akan berubah menjadi pengotor secara tidak sedar perlahan-lahan. Dia akan membiasakan diri dengan persekitaran yang kotor. Mungkin dulu dia akan membasuh pinggan sebelum tidur lama-kelamaan dia tidak lagi membasuh pinggan. Dia akan mendapati oh rupanya tidak lah teruk sangat hidup seperti Ali.

Perkara itu secara tidak sedar menjadi kebiasaan, Amirah akan menangguhkan banyak perkara kerana keletihan menguruskan orang lain. Akhirnya tanpa sedar mereka sekeluarga menjadi keluarga yang pengotor.

"Orang yang pembersih tidak dapat kekal menjadi bersih bila bersama orang pengotor yang tidak mahu jadi pembersih."

"Ironinya manusia pengotor suka manusia pembersih, seperti mana yang malas menyukai yang rajin atau yang kedekut menyukai yang dermawan."

"Hubungan seperti ini bukan saling melengkapi tetapi adalah PARASIT."

Jarang sekali dalam dunia ini orang kedekut tidak mahu menerima apabila diberi, kebanyakan mereka suka menerima tetapi kedekut untuk memberi. Sama seperti orang yang kotor kebanyakan menyukai suasana bersih tetapi tidak mahu tolong membersih. Mereka boleh hidup dalam keadaan kotor dan bersih sedang orang pembersih tidak dapat hidup dalam keadaan kotor.

"Free rider!"

"Exactly, hanya memikir untuk mencuci kaki sendiri dan masuk rumah yang sudah sedia bersih tanpa perlu melakukan apa-apa."

"Rugi.Kerana manusia memilih untuk bersenang lenang di dunia sedangkan di akhirat mereka ditanya tentang 'apa yang mereka kerjakan?'.

Manusia mempunyai pelbagai personaliti seperti peramah dan pendiam. Personaliti tidak ada negatif atau positif kerana ianya mendefinisikan seseorang hamba. Contoh Ali peramah manakala Amira pendiam, hubungan begini melengkapi.

Hubungan ahli syurga dan neraka tidak pernah melengkapi kerana pengakhirannya sama ada ahli syurga akan ke neraka atau ahli neraka akan ke syurga. 

Jika anda ditakdirkan bertemu dengan manusia-manusia yang baik, peliharalah hubungan itu. Perbaikilah diri anda kerana anda akan menzalimi mereka jika tidak berubah menjadi baik. Jika anda ditakdirkan bertemu dengan manusia-manusia yang belum baik, doakanlah mereka. Doakan mereka, doakan mereka, doakan mereka. Jika mereka bersahabat dengan mu kerana ingin memperbaiki diri , peliharalah persahabatan itu. Dan sesekali jangan kamu lupa, bukan kamu yang mengubah mereka tetapi Allah yang merubah mereka. Jika hari ini kamu baik, berdoalah kerana belum tentu akhir kamu baik. Semoga hubungan itu membawa kita ke husnul khatimah.
Melepak bersama teman, San Francisco 2018


Nota Penulis :

Ya Allah , Yang Maha Memperbaiki, Yang Maha Menerima Taubat
Ampunilah kami dan perbaikilah amalan kami.
Amin.

 

 


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan...

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan ...

Entri 165 : The philomel

T his entry was parked under my draft quite some time, I was having hard time to choose to write this in Malay or English.  It is not because I am good in both language, in fact I am not good in both. Either one makes me tremble whenever I type the word, thinking whether is it proper, is it the right one?  Honestly, there is no word to describe feeling. We I always use the word as metaphors to describe it and most of the time peoples get misunderstanding regardless what word we I chose. Plus typo all over the places, some small mistakes such missing important coma ,  but or pause can cause catastrophes. Such as we and I, since I was small I used the word kita  to represent I but actually kita means we . Because of the misplaced ' kita' sometimes I get into troubles. I have to correct it every-time I accidentally use it - nope kita does not mean you and me but it means me -- but kita means we ... and there we go to the next argument. Trying to straighten me...
Buy Me A Coffee
Thank you for visiting. You can now buy me a flower!