Langkau ke kandungan utama

Catatan

Entri 230 : Pandan dibedah

 Hari ini 31 Mei 2022, tarikh Pandan dibedah. Petang semalam saya menghantarnya ke klinik tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal dengan puas. Mujur hari-hari sebelum itu saya memeluknya. Begitulah kucing, walaupun sesayang saya mana pun terhadapnya di luar dia masih dilayan sebagai haiwan. Pendaftaran dibuat, pekerja yang bertugas mengangkut carriernya ke tempat boarding. Saya tidak boleh membuka carrier dan memeluknya atau mengucap kata-kata semangat padanya seperti kebanyakan manusia yang menghadapi pembedahan. Saya takut, takut sebab pertama kali menghantar haiwan untuk pembedahan. Banyak perkara difikirkan. Hendak memutuskan juga mengambil masa. Saya fikir saya sudah timbang tara semua tapi saya takut saya silap. Pandan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Mungkin boleh apabila dia berlepas dari manusia. Mungkin kerana dia memutuskan sesuatu, maka dia berkorban satu taring. Saya memikirkan bagaimana kucing sesat dengan taring patah sebelah merayau-rayau? Adakah dia cuba menggig

Entri 229 : Dodol dah tiga bulan

Pagi-pagi buta tadi terjaga, perasan Dodol tak ada. Panggil tak menyahut. Risau betul. Rupa-rupanya dia jumpa tempat lepak yang best. Balik langsir atas tingkap mengadap bukit.  Tak boleh bayang kalau Dodol dan Pandan tak ada. Dua-dua perangai lain-lain. 

Entri 228 : Johnny Depp vs Amber Heard (Adakah ianya satu konspirasi?)

 Sekarang memang banyak perkara yang berlaku di seluruh dunia. Salah satu yang agak aneh adalah perbicaraan kes saman fitnah antara Johnny Depp dan Amber Heard. Saya baru tahu kes ini beberapa hari selepas raya dan mengikutinya secara intensif dengan menonton siaran Live dan video-video yang berkenaan dengan kes ini. Saya memang tidak tahu menahu kes ini tetapi saya tahu Johnny Depp kerana dia banyak berlakon filem yang meletup-letup. Semua orang sangat mengenali watak Captain Jack Sparrow dalam Pirate of Carribean dengan Johnny Depp. Tak boleh bayang jika orang lain yang berlakon sebagai Captain Jack Sparrow. Akan tetapi saya secara peribadi saya menyukai watak Johnny Depp dalam Alice in Wonderland. Malah saya tidak menyangka Johnny Depp juga memegang watak Willy Wonka. Lain benar watak-wataknya dalam setiap filem. Apabila melihat trailer The Rum Diaries, eh kacak juga rupanya. Kes saman fitnah antara Johnny Depp dan Amber Heard rupanya bukan kisah perceraian yang biasa-biasa sepertin

Entri 227 : Dodol Cirit Birit

 Sejak semalam baru saya perasan Dodol mengalami cirit-birit, mungkin beberapa hari kerana saya teringat sisanya yang agak lembik tetapi saya mengabaikannya. Tetapi semalam betul-betul saya perasan kerana Dodol comot selepas membuang hajat. Haru biru juga perasaan dibuatnya. Yalah anak kucing mana tahu bercakap dan tentulah salah saya kerana tidak memantaunya. Setakat ini yang saya tahu Dodol makan makanan yang dikhaskan untuk anak kucing dan tumpang sekaki makan makanan ibunya. Dek kerana itu saya melebihkan makanan anak kucing, pun begitu saya berasa bukan itu puncanya. Beberapa hari yang lalu saya ada merakam video untuk mengetahui selera Pandan. Ya tentu Dodol tumpang sekaki dan malam itu saya biarkan makanan tersebut dan keesokannya kesemua makanan hampir habis. Maka saya mengagak mungkin Dodol makan makanan yang tidak sesuai untuknya. Walaupun kesemua makanan kucing yang saya belikan bermutu dan baik pada pendapat saya kerana saya meneliti bungkusan dan bertanya merata akan tetap

Entri 226 : Saya positif Covid

Alhamdulillah. Syukur pada Allah di era kita sudah mahu melambai tangan pada Covid dan memulakan hidup secara normal, saya didapati positif Covid. Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk merasai Covid di bulan Ramadhan yang mulia dan memberi kemudahan untuk saya menghadapinya dan sembuh. Dalam entri ini, saya ini bercerita pengalaman saya mengalami Covid. Pada petang Selasa 12 April saya sedang bekerja, ketika itu saya berasa sakit belakang, sakit tekak dan tidak berapa selesa. Hati saya sudah memberitahu , Covid kut? Tetapi seperti biasa saya mengabaikannya dan malas nak membuat pemeriksaan walaupun di rumah sudah ada Kit Ujian Kendiri Covid. Saya berhenti bekerja awal kerana masuk awal dan menyediakan juadah berbuka puasa iaitu sup ayam dan pengat labu. Mujur waktu itu saya membeli labu yang siap dikopek dan dipotong. Sewaktu memaksa saya betul-betul berasa letih, bayangkan sehingga saya menggunakan timer; saya setkan timer 10 minit memberi masa untuk masakan me

Entri 225 : Biarkan aku menurut jejak ayahku

Sebanyak-banyak masa yang ada, dia berasa dia sudah tidak mempunyai harapan. Ramadhan berlalu, ramai yang bergegas mencari keampunan dan dia hanya melihat mereka. Dia sudah hilang keghairahan tersebut. Dahulu dia seorang Muslim yang agak baik, lebih baik dari sekarang. Sekarang dia hanya menjadi pemerhati dan pemalu. Tidak layak untuk membuka hadiah-hadiah di bulan Ramadhan. Entah adakah hadiah untuknya. Dia sendiri malu untuk meminta sedang tangannya kotor. Malu untuk meminta dengan tangan penuh berlumpur dosa. Dia berbaring ke luar jendela, membiarkan azan Isya berkumandang tidak berjawab. Dia ingin tidur, memadamkan suara hati yang berkecamuk. Entah bila matanya terlelap dan membawanya hanyut ke dunia gelap. "Celakalah diriku, maka aku tidak layak untuk rahmat Mu. Maka akan aku celakakan Adam kerana dialah mencelakakan diriku." Begitu Iblis hidupnya mencemuh Adam. Alangkah anehnya beberapa ketika lalu namanya adalah Azazil yang dihormati dan sekarang dia memegang nama Ibli

Entri 224 : Walaupun satu huruf

Semalam dengan rasminya saya kembali mengikuti kelas Al-Quran. Sebelum ini saya pernah mengikuti kelas di Masjid Wilayah. Kali ini bentuk pengajian adalah secara online, jujur saya katakan saya agak skeptikal pada mulanya. Saya menyukai kelas tradisional di mana pelajar dan guru boleh berinteraksi. Rupanya saya salah. Mengaji AlQuran secara talian rupanya akan memaksa saya bersuara dengan jelas. Guru yang mengajar sangat tekun mendengar suara pelajar-pelajarnya. Tidak perlu on video, seratus peratus bergantung kepada suara, di mana makhraj dan tajweed pelajar dapat didengari dengan jelas.  Setelah membaca sekali barulah saya tahu bahawa sebutan huruf saya banyak yang berterabur. Jika huruf salah, lupakan dulu soal tajweed. Saya perlu sifat huruf supaya saya dapat memberikan hak-hak mereka dengan adil ketika membaca AlQuran. Saya perlu lupakan hasrat hendak pecut satu AlQuran di bulan Ramadhan, saya perlu fokus membaca ayat Allah dengan berhati-hati. Biarlah lambat, asalkan saya berlaku