Dalam masa dua hari saya melaburkan masa melihat siri Inventing Anna dan Tinder Swindler. Dua-dua cerita ini mengisahkan bagaimana scammer memancing mangsa mereka. Jika Tinder Swindler mengisahkan lelaki yang bernama Simon yang menipu wanita-wanita dengan menawarkan cinta dan persahabatan dan kemudian dia akan berpura-pura dalam bahaya, memerlukan duit. Inventing Anna pula mengisahkan gadis yang bernama Anna menyusun strategi memerangkap mereka yang berprofil tinggi untuk menjadi kaya. Yang berbeza ialah dalam Simon memang objektifnya memerangkap seberapa ramai wanita yang mungkin untuk memenuhi hidup mewahnya. Apabila yakin mangsanya tersangkut, dia akan berpura-pura dalam bahaya sehingga tak dapat menggunakan kredit kad dan akan memula meminta tolong pada mangsanya. Manakala Anna pula, ia berpura-pura kaya kerana ingin membina Anna Delvey Foundation, sebuah kelab berprestij dengan harapan jika ADF berjaya, dia tidak perlu berpura-pura lagi kerana dia sudah memiliki ADF. Anna tidak
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com