"Kau ingat kau mulia sangat nak pilih-pilih kawan?" Antara komen dengan seorang rakan apabila kami berbual tentang perkara-perkara melibatkan motivasi, orang positif dan orang negatif, juga tentang nasihat menjauhi manusia-manusia toksid, negatif. Ianya sebenarnya agak sukar kerana hidup ini bukan hitam putih, manusia bukan tentang 100% jahat atau baik dan kadang-kadang nasihat begini selalu mengundang lebih banyak kontroversi kerana salah anggap. "Tentu ada sebab mengapa kita dinasihatkan menjauhi manusia-manusia yang bersifat buruk. " Seperti kita hendak menyimpan sayur, kita kena potong bahagian-bahagian yang lembik dan buruk dahulu. Kalau tidak sayur segar yang disimpan bersama turut lembik. "Alaa...bergantung kepada diri sendiri, kalau diri sendiri kuat tak kisahlah kawan baik kan buruk tentu tak terperngaruh." Komen tersebut masuk akal juga jika difikirkan. "Hummm... jika hendak mencari calon suami apa kriteria yang anda mahu?" Diam. ...
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Dilarang untuk mencetak, menerbit tanpa kebenaran. Jika anda ingin berkongsi secara online, sila sisipkan URL. Contact writer for business query at nurindah.philomel[a]gmail.com