Langkau ke kandungan utama

Entri 186 : Ilmu

 Cuaca sangat cerah pagi ini.

"Moga-moga cepatlah baju ini kering sebelum petang." Dia berdoa sambil menyangkut sehelai demi sehelai baju yang baru dicuci. 

Setiap kali dia mencapai kain, dia akan menciumnya dahulu sebelum menyangkut. Seolah-olah mencium baju adalah salah satu langkah dalam proses penyidaian baju. Langkah tersebut tidak tertulis seperti langkah-langkah yang lain. Ianya semata-mata tindakan refleks yang kadang-kadang disedari namun masih dia tidak dapat menghindarkan diri untuk tidak melakukannya.

Dia merenung bangunan terminal yang masih di dalam pembinaan nun di bawah. Tidak lama lagi terminal ini akan siap dan landskap kawasan ini akan berubah. Dia membayangkan suasana hiruk pikuk seperti kawasan Puduraya. Asap dan hon kenderaan dan juga orang yang lalu-lalang dengan langkah yang laju-laju. Masing-masing mengejar masa sendiri. Kau, kau dan aku,aku.

Rumahnya antara rumah-rumah kecil yang menghadap bukit. Di atas bukit tersebut terdapat rumah-rumah elit yang besar dan pelbagai ragam. Sangat gah dan tersendiri, sedikit terasing. Selalu dia tertanya-tanya, adakah warga villa di atas akan merenung ke luar memerhati pembinaan terminal dan rumah-rumah kecil sepertinya ini? 

Terminal itu akan siap, dipenuhi dengan segala macam kedai, kenderaan dan juga peminta sedekah... 

peminta sedekah juga tentulah menjadi salah satu warna dalam landskap itu.

Adakah penempatan peminta sedekah adakah sesuatu yang dirancang awal-awal juga? Kedai-kedai, kenderaan semuanya sudah tentu dirancang awal-awal mungkin seawal sekarang atau sebelum terminal ini dibina.

Kadang-kadang terasa seolah-olah sel otaknya terlebih berhubung bila diasak soalan-soalan begini. Dia juga tertanya-tanya adakah orang lain terfikir seperti apa yang dia fikir?

Setiap kali ada pusat pertemuan manusia, seperti Pudu Raya misalnya mesti ada peminta sedekah dan penjual tisu. Adakah mereka ini sudah merancang sebelum pusat-pusat ini dibuka atau sekadar kebetulan?

Adakah mereka yang datang mencari peluang seperti peluang-peluang perniagaan yang lain atau sebenarnya mereka dipaksa dan diletakkan di situ? Siapakah yang memberi peluang itu? Soalan tersebut mati disitu.

Dia pernah melihat dokumentari tentang pemerdagangan manusia. 

"Tiada penyelesaian terhadap pemerdagangan manusia kerana menjual manusia adalah perniagaan yang paling menguntungkan. Mereka di tepi-tepi jalan yang kotor atau di rumah-rumah lacur mungkin nampak menjengkelkan pada pandangan anda sedang tuan punya perniagaan mungkin terdiri daripada golongan elit yang mungkin menjadi idola anda."

"Tidak terfikirkah anda setiap kali anda menaip sesuatu di enjin carian contohnya, wanita asia selalunya anda akan dibawa ke hasil carian yang menjijikkan. Adakah ianya satu kebetulan? Enjin carian seperti Google sepertimana syarikat-syarikat lain di dunia adalah dibayar. Jika pelanggan mereka mahu mengiklankan perniagaan dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi supaya pelanggan-pelanggan yang berpotensi dapat dicapai, mungkin soalannya ialah siapa anda?"

"Apa salahnya laman sesawang itu? Ianya juga cabang pengetahuan.Ramai sahaja yang dapat pengetahuan untuk keharmonian rumah tangga. Kamu ini terlalu naif!" Terngiang-ngiang kata seorang rakan.

Jika dalam proses mengajar itu, ada wanita yang diculik dari kampung halaman dan diperhambakan untuk melakukan yang tidak-tidak di laman-laman sesawang, adakah pengetahuan itu dianggap sebagai ilmu?

Dia tidak berani berfikir ke hujungnya. Kerana hujung fikirannya ada sesuatu yang lebih menakutkan, yang buruk-buruk seperti dunia yang lagi satu, dunia hitam yang acap kali ditonjolkan dalam drama-drama tempatan. 

Dia meneruskan kerjanya menyidai baju dan sesekali merenung rumah-rumah elit nun di atas bukit sana.

"Nak masak apa untuk berbuka petang ini?" Untuk sekian kali, dia cuba menukar fikirannya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 257 : Kisah Abby Choi yang tragik (Entri tak ada kaitan)

 Sekarang tengah heboh kes pempengaruh (influencer) terkenal Abby Choi yang dibunuh secara kejam. Dalam entri ini saya tidak mahu membahaskan bagaimana beliau dibunuh tetapi siapa yang terlibat. Walaupun kes masih dibicarakan, mereka yang disyaki membunuh adalah mereka yang rapat dengan beliau iaitu keluarga bekas mentua beliau. Perkara utama yang saya ingin tekankan ialah beliau menyara keluarga mentua beliau walaupun sudah bercerai. Dalam bahasa lain adalah memikul biawak hidup. Mengikut pemerhatian peribadi saya, hidup manusia yang memikul biawak hidup ni memang sangat sengsara. Dulu kes Johnny Depp, dia baik hati menyara ahli keluarga sahabat handai Amber Heard tapi akhirnya dianiayai oleh Amber Heard sendiri. Bertahun juga menanggung fitnah sebelum menang dalam perbicaraan akhir. Itupun dibuat secara live, kalau tidak sampai sudah orang tak tahu betapa sengsaranya hidup dengan narkisis ni. Biawak hidup ni dia bukan spesis yang bersyukur ya. Sepanjang hidup yang saya perhatikan, bi

Entri 253 : Hama Kucing

 Saya baru belajar tentang ini setelah memelihara Dodol dan Pandan. Sebelum ni cuma tahu kutu, sekenit dan terpiras(flea) . Hama kucing ini dalam bahasa Inggeris ialah furmite. Memang susah nampak. Saat pertama kali saya dapat tahu bukan sebab saya nampak tetapi kerana  kucing saya bersikap aneh. Asyik menggaru dan kelihatan tertekan. Bulu gugur seketul-seketul akibat menggaru dengan teruk. Apabila saya bawa ke doktor, doktor menerangkan pasal furmite. Antara ubat yang dicadangkan adalah Advocate. Ubat ini kecil sahaja, lagi kecil dari jari kelingking dan satu tiub ini hanya untuk seekor kucing. Harganya boleh tahan mahal dalam 30 ringgit lebih. Ubat ini sekali pakai kena habiskan satu tiub. Satu tiub dicadangkan sebulan sekali. Ubat ni tak boleh pakai selalu. Cara nak pakai, kena selak bulu kucing tu sampai terdedah. Agak mencabar juga apabila nak letak ubat ini pada Dodol dan Pandan sebab mereka ni berbulu panjang. Ubat ni akan serap dalam kulit dan menghilangkan hama. Seeloknya jang

Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff, Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu. Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu. Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza. Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba. Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan. Tampan sangat ke? Kaya ke? Baik ke? Jujur...jikalah sahaba